Saturday 23 October 2010

IBU MITHALI --- me teringin nak calonkan my mom...

semlm me baca kat Utusan Online psl tokoh ibu mithali tahun ni...
ibu mithali yg dpt anugerah tu--ada anak 9 org, all boys..arwah suami bekas askar..
byk persamaan dgn my mom-- dari segi cara besarkan anak, keje keras and segala susah payah masa anak kecil + kawin muda, and kejayaan semua anak etc

me memang dh lama teringin nak calonkam my mom..kalah menang belakang kira..my late father semasa hayatnya pun ada suruh me calonkan my mom --he was so proud of her :) :)

Insya Allah, me nak calonkan my mom uth thn dpn punya--tp me tak tau cara--kat mana nak amik borang pencalonan yer..ada saper2 tau/ada info tak..

anyway, ni yg me baca kat Utusan Online tu..

Awiah tidak manjakan anak


Awiah Awi menerima ciuman tahniah daripada anak-anak serta cucu-cucunya.


TIDAK ada apa-apa rahsia. Cuma saya agak tegas dengan anak-anak dan sangat mementingkan soal disiplin bukan saja dalam pelajaran malah kehidupan harian. Mungkin terbawa-bawa cara hidup tentera kerana arwah suami seorang askar. 

‘‘Selain itu saya juga tidak biasakan anak-anak terlalu manja. Sebaliknya sentiasa memberikan mereka tugas untuk mereka menjadi lebih bertanggungjawab.’’

Demikian jawapan Tokoh Ibu Mithali 2010, Awiah Awi, 64, apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya mendidik sembilan anak-anak yang kesemuanya lelaki. 

Kini kesemua anak-anaknya yang berusia antara 20 hingga 48 tahun telah berjaya dalam bidang masing-masing dengan menyandang jawatan penting sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.

Kegigihan dan ketabahan Awiah membesarkan anak-anak mendapat pengiktirafan melalui anugerah tersebut oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ibu tunggal berusia 64 tahun berasal dari Kampung Pantai Layang, Muar, Johor, menerima anugerah tersebut daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Awiah mengakui ketegasan dalam mendisiplinkan anak-anak sedikit sebanyak dipengaruhi arwah suaminya, Hamid Samad. 

Hasil ketegasan dan tidak berkompromi dalam soal pelajaran itulah membuatkan anak kelimanya, Mohd. Fadli Hamid, 39, muncul sebagai doktor pertama di kampung mereka.
Anak-anaknya yang lain juga tidak kurang hebat di mana anak sulongnya, Sauadi, 48, seorang ahli perniagaan berjaya; Roslan, 44, (jurutera di syarikat petroleum); Abdul Fatah, 42, (pembantu perubatan); Mohd. Fauzi, 41, (pengurus syarikat telekomunikasi); Mohd. Fadzil, 38, ( pengurus Universiti Multi Media); Nor Hisham, 37, (pengurus di Felda), Nor Afendi ( pengetua sekolah) dan Mohd. Farid, 20, masih menuntut di salah sebuah kolej di Johor.

Awiah yang berkahwin pada usia sembilan tahun dan memperoleh anak pertama tiga tahun kemudian, mengakui dulu kehidupannya tidaklah sesenang seperti sekarang.
Dengan anak-anak yang ramai dan hanya mengharap gaji suami sebagai seorang askar, mereka hidup dalam keadaan berjimat-cermat. 

Begitupun Awiah tidak berpeluk tubuh menanti kepulangan suami membawa makanan untuk mereka sekeluarga.
‘‘Saya percaya dan yakin rezeki ada di mana-mana. Walaupun hidup susah saya dan suami akan pastikan anak-anak dapat makan setiap hari.

‘‘Saya berusaha mencari pendapatan dengan membuat pelbagai kerja termasuk mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih,’’ ujarnya mengenangkan kisah silam.
Biarpun Awiah sibuk mencari rezeki membantu suami, pendidikan anak-anak tidak pernah diabaikan.
Malah beliau akan memastikan setiap anak mematuhi jadual harian yang ditetapkannya sendiri.
Awiah juga mendidik anak-anak agar rajin menolongnya di dapur, walaupun tidak memasak memadai mereka tahu mengupas bawang atau mencuci pinggan mangkuk. 

“Setiap anak-anak mempunyai tugas tersendiri semasa di rumah. Biarpun mereka lelaki, saya asuh mereka agar tahu membuat semua kerja-kerja rumah.

‘‘Sebab itu setiap kali mereka bangun tidur, saya wajibkan mereka mengemas tempat tidur sendiri sekali gus menjadikan mereka lebih berdisiplin.
‘‘Saya juga tidak bertolak ansur dalam pelajaran anak-anak. Biasanya anak-anak yang akan mengambil peperiksaan saya akan kecualikan daripada kerja rumah dan tugas tersebut diambil-alih anak-anak yang lain.
‘‘Saya aturkan jadual harian mereka dan memastikan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah dan ada masa bermain dan juga berehat.

‘‘Sesekali saya periksa beg sekolah mereka untuk melihat kemajuan mereka dalam pelajaran,’’ katanya.
Bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan di kalangan anak-anaknya, nenek kepada 42 cucu dan seorang cicit itu juga mengamalkan solat berjemaah di kalangan ahli keluarga.
‘‘Kami juga jadikan amalan membaca hadis sebagai rutin harian kami sekeluarga. Malah sehingga sekarang rutin tersebut masih diamalkan.

‘‘Jika semua anak-anak balik, saya akan meminta di kalangan mereka menjadi imam dan bilal dan saya sendiri akan menjadi makmum,’’ akuinya bangga.


15 comments:

tiefazatie said...

wah..ifa pun xtau camne sis..tp..ifa sokong sis nak calonkan ur mum..sebab sume ur siblings berjaya nie!alhamdullilah..moga2 sis dpt calonkan ur mum ya nt..=)

suzzsuzie said...

elokla tu calonkan tahun depan...as appreciation to your mom betul tak

zahidah dihaz said...

semoga akak dapat calonkan your mom...

here tag for you...
http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2010/10/teka-teki-dik-rizki.html

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

calonkan je..kalah menang lain cerita...mana tau boleh menang..

cikpia said...

calon! calon!!! me sokong!!!! ur mum dah berjaya menjadikan anak2 dia manusia hebat yang sangat berjaya..... i adore ur mum!!!

ardinihumaira said...

dni terkejut tengok dia cakap kawen masa umo 9 tahun.. serius kagum :)

p/s; walaupun akak tak daat anugerah ibu mithali tapi akak tetap ibu mithali di hati anak2 :)

Najwa said...

alamak.. x tau la plak camana nak calonkan tu sis.. sori ye, huhu.. but very good n pleasoing to have such a great person as ur mother kan.. all d best.. mana tau ada rezeki, insyaAllah pengorbanan dia boleh jd contoh n iktibar buat kita smua :D

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

asfiedaimpiana said...

emm kena tgk web YADIM kot, x pun tanya organiser yg anjurkan tue...
Ianya sebagai token shj anugerah tu,
Tp dia tetap ibu mithali di hati kan sis? =D

Wan Amira said...

nanti i cari the info ok.. yes, i think your mum sangat layak!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

calon atau tak...
ibu maseng2 dah menjadi ibu terbaek dalam idup anak maseng2...

Unknown said...

ibu..engkaulah ratu hatiku =)

nur said...

sokong2.. sebab bermula dgn dokto dan berakhir dgn doktor.. yang lain2 pun berjaya n dlm proses mendapat dr juga..
ALL IN ONE

Unknown said...

suzi,
yes I sokonf=g sangat.. u kena cari le cara2 nak mencalonkan.. kakyong sendiri pun tak sure caranya..

Mudir Madrasah said...

salam. Sila download borang ibu mithali di sini http://www.yadim.com.my/download/borang_pencalonan_ibumithali_2010.pdf

Jazakallahukhair kerana berminat dengan berita ibu saya yang disayangi ini.

Baru ni kami tidak mencalonkan beliau tetapi ketua kampung kami yang mencalonkannya.

Selamat berjaya.

Mama Zharfan said...

thanks guys for all the lovely comments and the emotional support :) i really appreciate that

to mudirmadrasah : terima kasih sbb sudi singgah di blog ni and bagi info pasal borang tu. sekalung tahniah utk ibu saudara, sesungguhnya beliau memang layak mendapat penganugerahan itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails