Wednesday 27 October 2010

Me dpt fowarded email dlm my inbox : uolls dpt tak?? TAKZIAH utk Msia katanya

Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

source : Malaysiakini


Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.


Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Kriteria berkenaan adalah:

- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.

- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan

- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.


Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.


Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan


Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.


Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan


Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.


Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


note : my comment? emm..tourism which includes entertainment memang penting utk boost economy, tp tak tau nak ckplah..dilemma jugak kan..sbb hiburan yg melalaikan haram hukumnya dlm Islam (matlamat tidak menghalalkan cara)...and not easy when it comes to Msia, sbb nak kena amik kira semua kaum--all races--esp non-Muslims..
anyway....ada ke negara Islam yg boleh jd role model utk Msia yer, dari segi ekonomi...sungguh me rasa kurang ilmu dlm bab2 ni..


15 comments:

tiefazatie said...

erm..susah jg nk komen nie sis..huhu..ifa pun xtau nk ckp..adeh..when it comes into muslim role model..ntah la..ada2 ke yg betol2 begitu sis??xtau la..blur jap..haha

Unknown said...

KELAB MLM??KONSERT??? ape dh jd dgn malaysia ni...dh mcm nk ikut negara barat dh???sgt x setuju...!!! kalo nak sgt nek kn sektor pelancongan di malaysia ni...byk lagi yg bole di cadangkan selain perkara2 ni...mcm mne nak bimbing anak bangsa akan dtg???yang dh ade ni pon dh x terkawal..DI wujudkan pula perkara2 sebegini....xde ke pihak yg bole halang perancangan ni....selamat kan MALAYSIA dr tersesat....YA ALLAH....

Liza said...

are we really one Islamic country, mcm dah lain jer nie

zahidah dihaz said...

kali ketiga saya baca pasal benda ni....dan untuk kali ketiga jugak saya komen, saya nak pak lah....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

laen pemimpin...
laen gaya mereka...
susah2...

Ms and Mr Red Ribbon said...

xtau nak cakap ape... sebetulnya kalau memang alasan untuk tourism, bole carik bende lain yang bole attract more tourist.

saper cakap kelab malam tu lagi interesting for tourist ke mat salleh ke, x la... coz kat diorang punya negara kan dah banyak club, tarian melayu lagi menarik kot for them...

Anonymous said...

Bagus la tu, tambahkan aktiviti maksiat. Lps tu kita sama2 tunggu azabnya.
Banyak cara lain nak tarik pelancong dtg Malaysia ni.

ardinihumaira said...

susah kan bab ni..
huu... tak tahu nak kata cmana...

eima said...

betui ke ....
tkt email nih dr pembangkang yg nk jatuh kan najib je ...
bab isi kandungan email tu tak brani nk komen ....

Sheherazade said...

me de baby lagi..risau2

hiburan memang melalaikan,hmm

Najwa said...

astaghafirullah... kalau btul la camni.. sedihnyer rasa jd negara islam... ada jg cara lain nk boost economy n pendapatan. rzeki kan di tangan Allah.. kalau mcm ni.. me tkut makin x berkat jadiknyer. huhuhu.

me dr kcik mmg minat hiburan2 ni.. tp bila dh makin dewasa. makin lurng skit dmi skit, sbb sdar ia mlalaikan sgt2 kalau too much of em..

well, tu opinion me je la :P ngeh3..

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

. . . h u s n a . . . said...

biarlah pemimpin fikirkan apa yang rasional untuk rakyat, sebabnya... kalau dia luas pengetahuan dalam beragama, dah tentu dia akan tahu apa ang sepatutnya dibuat dan apa yang tidak...kita hanya mengikut~~ eh, kalau akak nak mengundi ?? mcam mana ?? pos dr oversea ke??? nak tahu jgak..

Unknown said...

byk lagi ikhtiar lain utk boost tourism.. sbb kelab2 mlm ni nanti anak bangsa kita juga yg ramai kerumun.. sgt tdk setuju..

nur said...

tak brani nak komen lebih2.. so kita tentukan sendiri..
ALL IN ONE

Unknown said...

Kelab malam? Makin banyaklah orang accident pepagi buta. Kalau dah lampu isyarat pon dah jadi kaler hijau semua.

Spa? I like..lagi banyak spa lagi banyak saingan. Tentu pakej2 jadi murah..senang Mush nak gi spa..hehehhe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails