Thursday 21 October 2010

apakah hukum sebenar : HARAM ke pakai tudung bersanggul tinggi--semakin menjadi2 trend ,..

alkisahnya, semlama me chatting dgn adik perempuan me kat skype, dia pun bebel2 ngadu2 psl dia benci meluat menyampah tgk pompuan2 yg pakai tudung tp sanggul tinggi2..and sanggul tu plak tiruan ie sengaja letak gumpalan kain/kapas ke apa biar jd nampak mcm sanggul..and kalau beli some tudung, memang siap pakej ie dpt free jer sanggul tiruan tu dgn tudung yg dibeli


dia kata dia google, rata2 kata hukumnya haram, sbb ada hadith pasal sanggul tinggi tu..

nilah hadithnya--me copy paste dari blog ustaz nor amin

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

me plak memang tak de ilmu bab ni..masa me belajar kat sek agama (sek menengah dulu) tak come across hadith ni, so tak tau apa huraian/interpretationnya..me pun cuba google..and memang byk blog2 yg discuss psl isu ni...dlm byk2 discussion tu, me ternampak ulasan/huraian oleh ustaz nor amin kat blognya..me copy paste sedikit utk faedah bersama...

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah.  
 
me nak mintak pendapat Ustaz Love jugak, sbb tu kwn blogger me kat alam blog, and dia pun seorg ustaz--tunggu apa komen ustaz love nanti

me sendiri--me tak suka dan takkan pakai tudung dgn sanggul tinggi gini, sbb me jenis perempuan berambut pendek, tak minat sanggul2 tinggi ke sanggul rendah ke...rambut pendek selesa sbb bertudung kan..tu bagi me lah, sbb me malas nak keringkan rambut lepas mandi kalau rambut panjang susah nak jaga :p

uolls tau ke hukum sebenar bersanggul tinggi ni?

33 comments:

shahrilhakime said...

mahap cakap le Yong......ghamei peghempuan sekaghang ni pakei tudong semate nak lawo je.....bukan sebab nak tutop aughat...... itu le masalahnye....kalo pakei tudong sebab ikutan je...... oghang buat sanggoi deme pun nak bersanggoi jugakkk.........hmmmm.....

notti netti said...

mak aiii tinggi beno sanggol tu, dah macam alien dah haaaaa......

Diamilikku said...

hurmm...Tak ingat baca kat mana..tapi Dato' Dr. Mashitah Ibrahim pulak kata tak haram...hurmmmm confuse...walau apapun..tak minat jugak tgk sanggul2 fake yang tinggi2...nih..kalau originally rambut panjang takpelah..memang takleh kata apa kan

Iryani Noor said...

heheh slalu dgr pasal isu nie..
yg kelakar nyer, kt butik arzu klcc, siap ada jual sanggul nie tau..

Hezesuze said...

ermm weols ada gak baca sal sanggul tinggi tu katenye haram...huhu

Jue Nazrin said...

ada gak terbaca pasal sanggul tinggi tu..allahualam..

tp pic yg akak letak tu tinggi benor sanggulnya..mcm nk gelak je..sowie..hee

mama tisya said...

tk minat la sanggul tgi camgini...nmpk pelik...kita kalo ikat rmbt pn tkde nk sanggul tgi camni

Ezna Khalili said...

Sanggul tiruan ni kat Hajaba ada jual (Pn Mona Din yg ada Leesa Formula tu).....dia siap cakap pakai tudung macam org arab tu.

maslinamansor said...

pernah baca pasal isu nie... rasanya tak elok kalau pakai macam tue.

lady-D said...

x suke sanggul tinggi..x lawa pun sbnrnya..huhu..

Nieyla Nadia said...

makin pelik la trend skrg nie...hye...sanggul tinggi?ape motif sbnr nyer kan...nak pkai2 jer la...tp xyah la nak sanggul mcm gunung kinabalu...hahaha

Najwa said...

hiks... sama lak kita sis... sy pn suka lg rmbut pendek... snang nak jaga + jimat syampoo :P

itu la... bnyk dh ditegur n ditulis haram hukumnya... tp msh ramai nk buat... hurmmm ntah la... personally, me rasa x la cantek pun sanggul tinggi2 mcm tu... huhu

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

wan syamilah said...

salam suzie..

sama kita...tk pernah simpan rambut panjang...lebih selesa rambut pendek senang pakai tudung...

lagipun cam kelakar lak tgk sanggul yg tinggi2 tu...

ramai lelaki cko tk cantik pun sanggul tinggi2 tu...pompuan ni je yg perasan cantik...he3...

Recent Post "Roda-Roda Pangan Lumpur"

wan syamilah said...

lagi satu kan...kalau bwk kete or duduk atas suka sandar kt kerusi, kalau dh sanggul tinggi camtu, camne yea...he3..

Recent Post "Roda-Roda Pangan Lumpur"

Syida said...

nape nak sanggul tinggi2?kalau dah rambut pendek/nipis tak payah la nak buat sanggul tiruan.i just dont get it....

Lelord said...

hmmmm bab sangung-manggul palsu ni mmg i x kenan, kalau rambut mmg panjang cam i ni kena la ikatkan karang terlepas lak ke bawah dh nmpak rabut.

mahap la yek mmg x pandai beno bab2 agama ni. tp kalau dh siap beli tudung n free the "pelesu" sanggul tu dh nmpak le ape tujuannya kan.

kakngah said...

kat mata aku la.. bila tgk org pakai tudung sanggul tggi2 ni... nampak pelik la.. kelakar pun ada..

Sidratul Muntaha said...

entahlah weii
pakai tudung tu mudah..
janji tutup dada,tak ketat hingga nmpk bentuk kepala,leher tu ler yg sepatutnya..
benda - benda ni jadi bile tudung tu bukan tuk tutup aurat tpi lebih kepada fesyen.

Mun said...

hmm ni laa masalah wanita islam skang... kita sepatutnyer kena pikir..apa tujuan kita pakai tudung? utk tutup aurat.. atau utk berhias... mudah2 han ramai laa wanita islam diluar sana sedar kewajipan sebenar kita...

Hadhatina Mkb said...

keliru kan?

cikpia said...

me kan baru blejar bertudung....... me pegang satu jer, bar tak ikut trend, janji tutup aurat. he he.... bunyi cam baik, tap perangai cam taik gak......

tapi memang tak minat sanggul tinggi nie...

masmurni said...

mcm2 trend la skrg nih kan..

tiefazatie said...

erm..me no komen la..but mmg pernah dah jumpe hadis tue..lagipun kte bercantik utk suami kte je kan pttnye la..xphm trend skrg nie..perlu ka tinggi tue?cam alien je nie..hhihihi..sori la ye..ifa xbuat camnie..even rambut ifa pjg pun xde lak smp camnie..wakakaka..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bergaya xsalah asalkan xmelanggar hukum agama...

AngahSayang2314 said...

toncit dia tingginyer dah macam org dalam pantang lak??? ye

My Love said...

Salam...

Pada pendapatan Ustaz Love, dalam memahami sesuatu hadis, kita kena tengok sarih (nyata) dan majaznya (sastera).. bukan semua hadis boleh difahami secara zahir sahaja.

Dalam hadis ini, ada 2 kemungkinan.. iaitu zahirnya memang mengatakan tentang haramnya bersanggul spt bonggol unta. Namun, jika diteliti, hadis tu sebenarnya dah menerangkan illah (penyebab) pengharaman sanggul unta tu... iaitu dengan tujuan menunjuk2...

Adapun jika rambut itu panjang sampai ke punggung, agak mustahil nak pakai tudung tanpa disanggul.. kalau disanggul menjadi bonggol plak..

Maka itu, kita memahami hadis ini dengan maksud bahawa niat melakukan sanggul unta itu bukanlah sbb nak menunjuk2.. kalau dgn tujuan menunjuk2 kepada bukan mahram, maka jatuhlah hukumnya haram...

adapun adab kita dalam beramal dgn perkara yg khilaf ini adalah kita meraikan kedua2 pendapat... potong je rambut pendek bahu ke... takyah sanggul2.. bila takde sanggul, takde la bonggol...

p/s: bonggol diperlukan di jalan kampung, bukan jalan highway.. fikir2kanlah... ;)

akubersamaCahya said...

salam.

seperti hadis nabi, baginda melarang wanita bertudung tetapi ada bonggol. bonggol yg macam unta... macam yg sekrang ni...

so.. mudah je.. bile baginda larang jgn buat.. =)

cantik ke?? pelik je.. kan3..

kite pakai tudung utk tutup. jgn org tau panjang pendek rambut kite... jadik ape fungsi sanggul tinggi tu??


ustaz love.. rambut panjang pun boleh buat bagi tak nampak bonggol... =)


sekadar berkongsi.. =)

Ummu~Ishak said...

tertarik ngan isu ni dah lama. bagus akak ketengahkan.
sabda Nabi SAW : “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

mama_umar_maryam said...

ok,kite geng rambut pendek!hehehe

ardinihumaira said...

beza sanggul buatan dengan sanggul rambut panjang sebab biasanya sanggul rambut oanjang ni tak de macam tinggi sangat. sekadar nak bagi semua rambut masuk dalam serkup rambut je kan sis :)

zahidah dihaz said...

saya pun pernah terbaca pasal benda ni...tapi macam ramai yang tak ambik endah je...huhuhuhu

nur said...

banyak juga baca pasal ni.. tapi nengok makin ramai pula yang bertudung sanggul ni.. betoi kata ust love- potong je rambut pendek
ALL IN ONE

My Love said...

Salam...

AkuBersamaCahya : dalam memahami dalil, kita tak boleh tengok dari satu sudut sahaja.. bukan semua al-amru tu bermaksud wajib... dan bukan semua an-nahyu itu bermaksud haram.. masih perlu dilihat pelbagai sudut perbahasan istinbat hukum daripada dalil ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails