Saturday 12 July 2014

Kempen Seceria Air Tangan Ibu Bersama PLANTA

Air tangan ibu...owh..MZ sgt merindui air tgn my mom :) setiap kita yg ada ibu pastinya tahu nilai air tangan ibu--tak ternilai sebenarnya!!...lebih2 lagi bila berada berjauhan...teringat masa MZ kat Nottingham last few years..memang sgt2 merindui air tangan ibu ie masakan ibu yang pastinya paling lazat utk anak..air tangan ibu kita tiada tandingannya walaupun dibandingkan dengan chef kat hotel lima bintang kan!!

anyway, bercakap pasal air tangan ibu..MZ nak share sedikit info...

Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’  mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.



Bagi yang tak berapa expert buat biskut dan kek mcm MZ ni...memang kena refer mcm2 resepi dlm buku resepi or cari jer kat pakcik google...and the best part...


Resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.

Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia.

Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16 sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia

Kalau nak buat biskut on the spot pun boleh jugak...caranya...

Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .
Untuk mendapatkan pelbagai resepi kuih Raya yang menarik dan maklumat mengenai Beramal Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .







Rasanya most of us memang familiar dgn brand Planta..in fact one of most famous, trusted brand when it comes to marjerin kan..and of course fav brand MZ and family gak ni ;)




Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.

Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing.

2 comments:

transformed housewife said...

bagus kempen ni. rasa nak buat biskut tp tak tahu sempat ke tak. byk juga dah order je.

wan syamilah said...

tahun ni tak buat biskut raya pun....tak de mood....hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails