Tuesday, 14 June 2011

Hukum ASB : TIDAK HARAM / HARUS | Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

ari tu me tepek surat mufti selangor kat blog me...kat ENTRY ni

then ari ni me baca plak utusan malaysia online..psl penjelasan isu haram halal ASB/ASN ni..uolls dh baca kan?
ni me copy paste dari utusan online:

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

note : HARUS rupanya....adakah anda terkeliru? harap2 kita semua tak terkeliru..

36 comments:

Lelord said...

thanks suzi utk info ni, baru plan balik mesia nak kuokan duit huhuhu

Farra Dhelina said...

kak, tak fhm..haram ke tak?

ibuayahdamia said...

fuhh lega...ayu pun lepas kecoh2 pasal HARAM tu, asyik tanya hubby jer betul ke betul ke...sebab nampak few person yang memang anti ASB sebab HARAM kan...anyway...dengan penjelasan ini legalah hati kan...ke masih ader yg musykil lagi??

Matjoe said...

no doubt me put money kt sini

hanani said...

akhirnya..terjawab gak isu ini. Yang penting jangan was-was.. yakinkan aje hati tu. Memang selama ni simpan dalam ASB yang paling selamat sebab payah nak kuarkan..lecehkan. ASB lah untuk menyimpan jangka masa panjang. :)

Jom baca ni :Buah Zuriat Antara Inisiatif untuk Mendapatkan Zuriat..

Jom baca ni :Snowflake Tupperware Set.

Kancilbiru said...

hmmm...itulah...mengelirukan..me nak share kat blog jugak..:)

Aku Ibu Muda said...

mcm2 fatwa keluar psl ASB ni...

[-suziey-] said...

as expected pasti akn keluar kenyataan balas mcmni..
jika ianya harus means haslnya halal..jika ianya halal bole la buat pegi haji..tp kenapa TH dan jgk pakar2 muamalat kontemporari mengatakan tdk bole digunakan utk naik haji..mmg haji itu sah asalkan memenuhi rukun haji tapi adkah pahala haji kita akn dpt sbb dr sumber yg syubhah dan haram..renung2kan..pilihan di tgn sendiri.. :)

[-suziey-] said...

kalau tgk dlm SC list of malaysian shariah approved fund pn xlisted ASB..tp AHB ade..

http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=252&menuid=279&newsid=&linkid=

again..terpulang pd individu tu jgk nk accept ..

Afida said...

tq for sharing the info :)

[-suziey-] said...

suzie..kita nk buat n3 berkenaan ni jgk..sorry ye sy bukan nk counter attack u..it has nothing to do wth u..it just my responsibility utk bg clear info.. :)

tiefazatie said...

tq sis..itu la..kdg2 ifa pelik la..erm..byk bnda kena cek..hihi

ajumohit said...

out off topic sat..MZ dh gi muaz tu ke?? ok tak shawl klu MZ tgk???

tiha said...

salam Perkenalan
Marilah beli Hasil Craft yang menarik....:
http://fasham87.blogspot.com/p/brooch-bunga.html

notti netti said...

boleh tuju lagu?

Sharinginfoz said...

bagi saya jauhkan yang subhah (tak jelas halal atau haram), lagi satu tengok betul2 pelaburannya ada ya dalam bank bukan berlandaskan shariah, memang le tak melabur dalam arak atau judi tapi yang RIBA nya macam mana. Apa-apa pun, terpulanglah pada yang melabur, just my opinion aja

SYANI said...

Yang menjadi kepelikan tu apa motif surat tu dikeluarkan siap bersain bagai pastu dikatakan hanya untuk simpanan peribadi pengendali sesawang? Jabatan Mufti ni memang suka keluarkan surat untuk syok2 sendiri ke??

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alamak. den dah confuse..huhuhuhu

mOoN said...

sangat confuse skang but still no more ASB...huhuhuhu...

[-suziey-] said...

hi suzie..good idea..u tnya la ur frens tu..ke mana pelaburan ASB tu..dan mcmana method pelaburan dia tu..patuh x dgn syariah compliance yg SC dh tetapkan utk menentukan fund tu adlh patuh syariah..

ni ulasan UZAR:

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/status-terkini-asb-dan-asn-masih-tidak-patuh-syariah/359877046082

KakiLebar said...

selamat..thx akak..

sy bt entry pasal ni jugak..ade ltak link akak..

Ustaz Love said...

Salam..

Mungkin boleh google jawapan Ustaz Zaharuddin untuk penjelasan lebih detail berkaitan keharusan melabur dengan ASB ;)

SyUhAdA said...

nsib baik..

longterm21 said...

Ermmm aku sendiri dah call n bercakap ngn ustaz di majlis fatwa ni, dia kata mmg surat tu benar dan aku mintk cdngn pelaburan aku camner, dia kater kuarkan dan cari tempat yg lebih baik means yg tak der unsur syubhah. aku pk baik trus letak kat TH. Zakat sendiri pun tak amik kira duit dlm ASB nie so...aku setuju ngn "Jauhi dari perkara syubhah". Mencegah lebih baik dari merawat

anafaizah said...

Ada pilihan lain yg x kurang hebat pulangannya jika dibandingkan dgn ASB. Melaburlah ke dana CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund. Pulangan sejak tahun 1998 hinggan June 2011 ialah 333.04%. Dana ini termasuk dlm senarai Msian Shariah Approved by Suruhanjaya Securiti M'sia. Details, hubungi sy : 0193228121/fzh_ros@yahoo.com/faizahtop1@gmail.com/fb:Faizah Roslan.

anafaizah said...

Pilihan terbaik selain dr ASB yg syubhah : CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund. Pulangan sejak 1998-Jun 2011 melebihi 333.++%. Details, hubungi sy : 0193228121/add FB: Faizah Roslan/fzh_ros@yahoo.com/faizahtop1@gmail.com

nurfauzi said...

Assalamualaikum.
ada 2 percangghahan. Fatwa kebangsaan kata harus. Tapi Suruhanjaya sekuriti dengan fatwa selangor kata haram.

Tak sepatutnya pengerusi ASB kata macam tu. Fatwa dikeluarkan sebab dah dilakukan kajian.
Keputusan suruhanjaya sekuriti juga dibuat dengan teliti. Bukan semberono.
Lagipun suruhanjaya sekuriti memang lebih pakar dalam hal kewangan Islam.

Keputusan harus ASB dulu dibuat TANPA ada perbincangan dengan mereka yang ahli dan pakar dalam kewangan Islam. Tiada panel syariah suruhanjaya sekuriti dijemput bersama.

Tapi memandangkan sudah ada dua pendapat, kita boleh pilih mana satu yang diyakini.

Seeloknya tinggalkan kalau kita ragu-ragu.

Opticapture said...

salam... bukan nak memandai atau apa2.. cuma kita sebagai umat islam perlu pilih yang terbaik supaya tidak terjerumus kepada yang haram. kalau sah2 halal kenapa tak difatwakan halal sebaliknya harus? perlu kita kaji kenapa hukumnya harus...

anak kariah sungai ara said...

ada fatwa kata haram ada fatwa kata harus...jadi terpulanglah kepada masing masing...jangan do gaduh cukuplah..itu pun haram juga tau...hem...kena pikir gak .

anak kariah sungai ara said...

ada kata fatwa HARAM dan ada fatwa HARUS..terpulanglah nak ikut yang mana satu..kalau memang rasa perlukan duit lebih baik guna fatwa HARUS(dah banyak duit tak payahlah masuk)lagi satu jangan pula kita berpecah belah ,gaduh -gaduh sebab benda nie....nanti silap nak lari dari dosa dapat dosa juga .

Mrs Lya said...

Baru jumpa entry ni. Alhamdulillah, terima kasih utk infonya. Saya juga salah seorang pelabur 'tegar' ASB.

eweres said...

ada fatwa kata harus,ada kata haram,jadi kalau ASB ada khilaf. Lebih baik melabur dalam unit 100% patuh syariah.
sy nak kongsi satu blog yang bagus. banyak info pasal simpanan yang sebagus atau lebih bagus dari ASB, 100% disahkan halaloleh badan fatwa..visit:
http://pelabur.blogspot.com/http://pelabur.blogspot.com/

Kehebatan Jus Monavie said...

bila ada percanggahan hukum, elok lah kita tinggal kanvasb ni.ljgn sampqi mqtlmqt menghalalkqn cara.fikir- fikirkanlqj@Mrs Lya

ady said...

Jakim jaga halal haram makanan jer. Yg halal haram pelaburan diuruskan oleh suruhanjaya sekuriti. Rujuk http://adifzhafran.com/download/UTF.pdf utk senarai amanah saham sama ada yg islamic mahupun konvensional.

www.adifzhafran.com

Unknown said...

Renungkanlah petikan kata2 haron din, kurang lebih bunyinya mcm ni "adakah orang melayu/islam akan papa kedana sekiranya tidak melabur dlm asab?" pendapat lain lak, "kerana mengharapkan keuntungan sedikit didunia, kita rugi yg bnyk diakhirat" fikir2 lah.

DRS. SAPAWI said...

Siap Jawatan Kuasa syari'ah nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails