Sunday 17 October 2010

Melihat Bajet 2011 dari perspektif berbeze dan minda rasional/terbuka--bajet thn ni agak LOOSE..

me tak delah pandai nak analisa or komen2 bajet tu..tp me tertarik dgn analisa yg dibuat oleh Bro joegrimjow kat blog famous nya itu...

me copy from joe's blog utk share kat blog me...

Kesilapan Bajet 2011: PM perlu kreatif

...ada beberapa perkara yang perlu ditimbulkan disini memandangkan bajet kali ini sangat tidak kreatif!


1) Kebanjiran projek MEGA

Perbandingan ketinggian

  • Projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat (RM5 bilion)
  • Projek transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) (RM40 bilion)
  • Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion (sumber malaysiakini)

Aku pun tidak faham kenapa begitu banyak projek MEGA dilaksanakan serentak (diumumkan). Bukan mahu menolak pembangunan, tetapi projek sebegini hanya mendatangkan kemudaratan berbanding kelebihan. Ambil contoh menara 100 tingkat, kan dah ada menara Petronas, kenapa kena ada lagi? Nak bertanding dengan negara luar? Kalau nak bertanding dengan negara luar dari segi pembinaan, tiada apa yang boleh dibanggakan. Sebab utama selain bukan jurutera kita yang membinanya, bila kita buat lagi tinggi, akan ada lagi yang buat lagi tinggi.

Maksud kreatif yang perlu PM kita buat adalah bina satu (kalau nak sangat) mercu yang tiada di negara orang lain. Lebih jimat kos dan gunakan kemahiran yang kita ada. Contoh Mahathir buat Sepang dulu, sampai driver taxi pak arab sini pun cakap pasal Sepang!


Rakyat takkan bangga ada menara tinggi kalau harga barang keperluan sentiasa meningkat!


2) Menarik hati rakyat lebih dari hati pelabur
Harga tol takkan naik untuk 5 tahun


Setelah mengumumkan tiada bonus diberi, PM mengumumkan berita 'baik' ini dalam bajet 2011

  • Pembekuan lima tahun kadar tol
  • Pengecualian cukai telefon bimbit
  • Diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama
  • Bantuan khas RM 500 kepada semua kakitangan kerajaan

Usaha menguntungkan rakyat begini tiada cacat celanya dan inilah sebenarnya tugas utama kerajaan iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya. Tetapi sebab terlalu banyak ingin mengambil hati rakyat (pilihanraya dah nak dekat) pelabur asing dilupakan!

Pada tahun 2008, suntikan pelabur asing sebanyak RM23 Billion susut sebanyak 81% menjadikan ia hanya RM 4.43 Billion sahaja pada tahun 2009. Jika tiada inisiatif diberikan kepada pelabur asing ini, angka ini mungkin akan menjadi lebih susut dan pembangunan di Malaysia tidak dapat mencapai sasarannya. Kreatif yang dimaksudkan adalah menjaga hati kedua-dua entiti terbesar untuk membina negara ini, bukan semasa pilihanraya, hanya jaga hati rakyat. Rakyat pun tahu tak ikhlas!


3) Peruntukan merepek terlalu banyak

  • RM 111 Juta untuk sekolah PERMATA
  • RM 500 Juta untuk pembangunan 1Malaysia

Taknak sentuh pasal program PERMATA, anggaplah itu hadiah PM kita kepada isterinya, suami yang paling 'caring' di dunia dan kita patut bangga memiliki pemimpin yang begitu sayangkan isterinya! Berkenaan dengan RM 500 Juta pembangunan 1Malaysia, sungguh merepek!

Sekarang ini rakyat masih keliru, dengan bertambahnya belanjawan kepada pembangunan seumpama ini, lagilah keliru! Lepas ini banyaklah aktiviti luar negara yang memaksa pelajar sini hadir ke London dengan memberi yuran pengankutan 100 pound seorang (RM500) dan sampai di London, sama-sama nyanyi lagu 1Malaysia. Menyemarakkan 1Malaysia katanya!

Memang tak boleh masuk dek akal, dah la setengah billion, memang sangat merepek! Pembangunan 1Malaysia ini hanyalah pembaziran. Memang rakyat tidak akan dapat apa-apa kepentingan, yang dapat keuntungan adalah kroni yang menjalankan program pembangunan ini yang menjual baju 1Malaysia kepada kerajaan lebih separuh 200% keuntungan, juga jual topi yang di charge dengan harga RM 50 setiap buah dan pen-pen berbentuk 1Malaysia yang diberi kepada pelajar yang ingin menduduki UPSR dan SPM

Harapnya takdelah harga baju t-shirt 1Malaysia berharga RM 100 ya khairy


*****


Sebelum aku menulis dengan lebih tidak terkawal, kesimpulan yang boleh dibuat, ini adalah bajet terakhir Kerajaan Barisan Nasional! Bajet adalah perkara paling penting bagi menunjukkan betapa efisyennya sesebuah kerajaan memerintah. Bagi aku yang tak ambil ekonomi pun boleh faham yang Bajet 2011 ini sangat tidak kreatif, banyak mendatangkan mudarat berbanding keuntungan, apatah lagi golongan professional. Jadi PM, peluang untuk menunjukkan kredibiliti kerajaan memerintah telah disia-siakan dengan begitu sahaja!
 
note : pendapat me : me setuju dgn analis/pendapat joegrimjoe ni...seorg PM yg baik ialah yg boleh berfikir jauh..siyes me kagum dgn Tun Mahathir--he's not perfect too..tp sumbangan dia kpd Msia memang byk ...


12 comments:

ibu qaleesya said...

salam akak.. saya pun xberapa nk stuju ngan bajet.. pembangunan yang merepek.. ikhlasnye,. negara kita nnty dipenuhi bngunan2 dan xada pokok2 untuk kita tumpang oksigen.. so apa akan jd nnti..

p/s: sy suke cr tun dr mahathir dulu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

setuju sgt2 ape akak bagi tahu nieh...

zahidah dihaz said...

saya ambik subjek finance sekarang ni, tapi tak ambik pusing sangat dengan bajet...tapi bila dah baca rasa macam tak setuju dengan pembinaan projek mega lagi walaupun saya ni civil engineering student...

T@sh Sch@ said...

YUP .. *siyes jugak .. sy stuju dgn bro tu ... ngan akak pun samer :P

baru terbuka di mata ni (sbnrnyer mls nak komen).. sepatutnya apa yang ada dikekalkan dan dibaikpulih ... itu lebih memakan belanja dan memerlukan sokongan yang lebih tinggi berbanding bangunan tinggi 100 tingkat ... kan kan kan

tgk siaran aduan rakyat je dah cukup ... nampak kelemahan yang nyata belum dibendung ...

(ok stop ..t komen byk2 kene ban laks kui kui kui kui.. - tu sebab td kata mls nak komen nih hehehhe)

Unknown said...

pembangunan building 100 tingkat tu memang merepek.. patutnya dilebihkan bajet utk menaiktaraf lagi hidup2 rakyat yg miskin tegar...
mudahkan pinjaman utk peniaga kecil (mean yg betul2 mudah.. jgn bersyarat yg merepek2..)

tp memang nampak, kepentingan hanya utk kroni etrtentu...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oh ye sebelum bajet dikeluarkan berkenaan isu bonus pada kakitangan kerajaan ada satu wanita .nampak mcm chinese i pun tak tgok namanya yg pasti bukan zeti aziz.katanya lebihkurang < kerajaan mungkin tak beri bonus tapi akan bagi saguhati sahaja..kerajan dalm proses nak meningkatkan semula income kerajan.kalau kita bagi bonus banyak private akan bagi lagi banyak..mcm tak stablelah..> tak faham apa kaitan nye?? yes ada kaitan tapi ada rakyat kesah???!! selama ne masa ekonomi baik pun private bg bonus berbulan2 pada kakitangan diorangla..gomen dapat apa?? thn lepas my friend dapt 2 month bonus tapi apa gomen dapat?? yang ado!!!.. tak payah tgok jauhla..petronas bagi bonus berapa pada staf dia?? apa diorang ingat org malaysia ne tak baca paper ke?? saguhati 500 je tapi utk program permata yg memuaskan hati wife dia sampai 111juta??????????? pelikkan dulu dr hasmah tak pulak macam ne.. tak campur apap2 pun..tapi lepas2 dia mengalahkan PM

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak perlu dah mega san sini sedangkan rakyattersepit.. betulkan dulu public transport yg haru biru tue!!

CatlinaFly said...

hehehe no komen..tapi sy rasa pasal beg tgn dgn pakaian dlm tu merepek juga...tak eprnah disebut dlm belanjawan sebelum nih!

tiefazatie said...

erm no komen pasti ada sebab nape sume nie jadi kan..neway cube kte yg ada kt tempat dorg..bkn senang weh nak tadbir negara nie!neway ifa mmg suka lg yun dr.mahathir but ksian die..die dah tua weh..

mama_umar_maryam said...

hmm,semoga pasni cpt2la ade pengganti PM yg atleast berfikiran mcm tun mahathir tu

nur said...

a a.. kenapa nak bina lagi menara?.. better g distribute kpd golongan miskin tegar..

ALL IN ONE

Najwa said...

yehooo.. pasni leh bli iphone rege murah skit, hihi... ;p tp tower tu yg x puas hati... sbb x perluuuuu.. huhuhu

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails