Friday 11 February 2011

Malaysia semakin tak selamat | Nasha Aziz baru kena rompak RM40 k kat traffic light

byk betul kes2 rompakan kat Msia--byk cases by immigrants whether those yg masuk legal or illegal (PATI)..

nampaknya me kena sgt2 hati2 bila balik msia nanti--its's not kat UK tak de crime, ada, tp sgt jrg2...obviously tak de lah rampant mcm kat Msia..

kat Msia, those perompak and peragut sanggup membunuh utk misi merompak or meragut tu..nyawa dh tak de harga bagi diaorg--sbb tulah dlm Islam, hukuman jenayah gini (hukuman hudud ni) sgt berat, sbb penjenayah tu sgt kejam terhadap mangsa..

latest, me baca kat blog shawl ayu cinta, dia amik news tu from beautiful nara

ni citernya:

Malaysia sememangnya bukan sebuah negara yang selamat. Dengan kebanjiran pendatang-pendatang asing, tiap-tiap hari kita dengar kes ragut, kes rompak dan kes rogol. Berleluasa sana sini. Sampai kadang-kadang takut nak berjalan ke mana-mana. Terbaru Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila dirompak semasa berhenti di traffic light.

Nasha Aziz dirompak selepas mengeluarkan duit di sebuah bank. Masa tengah berhenti di traffic light, tiba-tiba datang sebiji motor EX5 yang ditunggang 2 orang. Baik punya dia berhenti sebelah kereta Naza Ria Nasha Aziz dan pemboncengnya pecahkan cermin kereta dan ambil beg tangan yang ada di riba Nasha Aziz. Seram tak seram la kan?

Selalunya memang ada mereka-mereka (si penyamun) yang duduk mengushar orang yang pergi keluarkan duit. Sebab itu kena berhati-hati lepas keluarkan duit. Tengok kiri kanan kalau ada orang yang mencurigakan. Oh ye, perompak Nasha Aziz ini disyaki orang Indonesia. Memang celaka sungguh mereka ini. Dah la menumpang di negara kita, sedap-sedap pulak merompak.

Sebab itu kalau time tengah-tengah malam, Abang Nara akan langgar jer traffic light merah kat area rumah nie. Seram beb nak berhenti lama-lama. Mak Abang Nara pun pernah tengok kejadian rompakan di traffic light. Perompak-perompak nie memang hati kering. So kalau boleh lepas nie kita semua beli tingkap yang kebal daripada dipecahkan.

Apa pun, takziah kepada Nasha Aziz. Banyak tue RM40,000. Dan kepada anda semua, berhati-hati di jalan raya. Jangan jadi mangsa ragut ataupun mangsa rompakan. Kalau bawak keluar duit banyak-banyak, pastikan ada ke tak orang ikut masa kita tengah drive. Kadang-kadang ada perompak yang lagi jahat sampai diorang pancitkan tayar kereta. Kesimpulannya, berhati-hatilah.

note : me kalau kuar drive sorang2 (kat Msia), handbag me letak bwh seat, tak nak bagi menarik perhatian potential penjenayah.. and me bila me kuar dari keta, cthnya nak gi /singgah beli groceries, me bwk purse ajer, purse tu me letak dlm poket baju kurung or poket jeans (depan)..tak nak bagi perompak aim handbag me..siyes me takut kuar sorang2 ni..tp kdg2 kan terpaksa gak--Mr Hubby jenis lambat kuar office, so me singgah siap2 kat kedai or Giant Batu Caves tu...sgt bahaya--even kat parking lot kat Giant pun...

12 comments:

tomatokering said...

haishh , kena hati2 kan.. perompak skrg mmg hati kering pon .. sbb tu dipanggil perompak..huu


ceq tag mama ye :)

http://tomatokering.blogspot.com/2011/02/cabutan-bertuah-bernilai-rm100.html

Anonymous said...

mz...saya au kat mana nasha kena ragut tu
mmg kawasan rumah nasha tu agak sunyi skit la..
sama la kita mz..
saya kalau g keje kan henbeg mmg letak bawha seat
tak pernah sesekali letak kat tempat duduk penumpang...sangat bahaya..
macam saje je kasi orang rompak kita...
dah banyak dgr kes kete kena pecah sebab perompak amek beg yg diletak kat tmpt duduk penumpang..tp masih ada orang tak belajar2 lagi dari kisah yg lalu...
nak2 klw orang bawa motor..selamba je letak beg dalam bakul..adeh
kita ni yg naik seram

alamak panjangnye komen hahahaha

BUNGA said...

ayoo.. seramnya malaysiaaaaa..... memang sgt2 x selamat.. takut sungguh

tiefazatie said...

isk2..btol sis..sbb tue ifa fobia nk beli bag2 nie..haha..sbb ble pk..takut kne ragut!haha...ifa duk usha purse je nie..isk2..lain kan fikiran..

ifa pun jenis letak handbag bwh seat gak..tp kdg2 mmg ifa xbw handbag dh..sbb fobia banyak news nie..skrg mmg dorg xde hati perut nie..nyawa tue dah tak berharga bg dorang..

erm..tmpt yg ifa rasa safe n boleh bgaya2 nie..ialah..labuan!haha..sbb pulau kan..so jenayah mmg rendah la..sbb nak lari mana gak..naik bot kot..hihi

Farra Dhelina said...

ee menakutkan lah..negara dh tak aman lah mcm ni..

mizayusof said...

semakin seram dan semakin tak selamat.

selalunya miza kua beli barang memang tak bawa handbag. just bawa duit, kad bank dengan kad2 yang penting letak dalam 1 benda tu org panggil apa entah (macam album gambar) miza susun je dalam tu then letak dekat poket depan jeans tu.

releks je pergi shopping melenggang . ehehe. biar orang tengok kita ni bersederhana macam tak da handbag ke apa ke yang penting kita selamat dan tak diragut.

nur said...

Memang seram la.. Kena berteman setiap masa..
Jemput ke:ALL IN ONE

mama_umar_maryam said...

mmg mz,tu lah klu kuar dr umah nk g opis tu zt amalkan bace ayat kursi,mntk jauhkan dr bala bencana..kite hati2 tp org jahat memerhati.huhu..

Lelord said...

sejak dah tak bekerja...purse dlm pouch bag asben

Oyis said...

takut nya dgr. berita2 mcm ni x pernah dgt kat UK. kejutan budaya plak ni kang... mintak dilindungi dan dijauhkan Allah benda2 mcm ni....

AyuArjuna BiGoshh said...

uishhh takotnya...

ardinihumaira said...

banyaknya kerugian Nasha.. huhu


kawan dni lak isnin lalu dia nak g kelas.. kena ragut depan rumah... padahal dalam beg tu ada buku2 je.. kawasan kolej.. ape punya bengapla peragut tu... mestila budak nak g kelas.. bukan bawak duit banyak nak g shopim.. sian kawan dni... kena seret dua buah rumah... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails