Sunday 20 February 2011

Pengakuan : me minat CT dulu, kini & selamanya | tumpang syukur tgk CT berjaya bina masijid

tak kisahlah apa org nak kata, bagi me, me memang Dato CT ni dari dulu ie zmn dia bujang, even bila dia dh kawin pun me still minat dia--suara, personality, kejayaan dpt ratus2 anugerah (one of Msian legends ni)--almost everythinglah..

latest, dia dh berjaya capai impian utk bina masjid--amal jariah ni--sbb pahala dari pembinaan masjid ni akan berlari/jariah hingga bila even lps mati pun, selagi masjid tu wujud...

me doakan moga2 CT akan cepat2 dikurniakan zuriat...Amiin

ni me baca kat Kosmo Online:


Impian Siti bina masjid tercapai

WAJAH ceria Khalid dan Siti Nurhaliza selepas majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.

“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.

note : comel jer (in fact boleh jer dia pakai gini kalau dia nak kan?:p) bila CT pakai tudung litup gitu -- tak nampak jambul hehhehhe

21 comments:

risa said...

kan kan kan...kalau kekal dia pakai tudung macam tu memang alhamdulillah lah...huhuhu tak minat dia neh..hehehe

Chekgu Azrine said...

me too suka sangat siti...comel je diakan..sopan jek

Anonymous said...

tokti brisi btol la kan
saya pom minat dia dari dulu
skang gitu2 je
dlu mmg fanatik abes hehe

ibuayu said...

ibuayu pun minat dia...

Ms and Mr Red Ribbon said...

love ct... my mom minat sangat2...
pahala berterusan dari masjid ct... alhamdulillah :)

ADEEYA said...

Suka lagu dia hihi :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

comel dia pakai tudung elok2 macam ne daripakai topi yang pelik2..

ila pun minat haha

notti netti said...

dia pakai apapu semua comel....kan?kan?kan?

Unknown said...

bila la siti nak dapat anak ni..xsabar nak tgk anak siti

Unknown said...

ngeee da lama projek ni..
akhirnya da siap..
yong sempat tgk plan masjid ni jer ms praktikal kt syarikat pelukis pelan dulu..heheheh

sungai petani tu kg yong la :)

ardinihumaira said...

Alhamdulillah.. besar pahala mereka :)

tiefazatie said...

tembam kan die sis.cumil je nie.

@e_da said...

cantik sgt dia tutup semua kan... bagus usaha dia

mama_umar_maryam said...

alhamdulillah...zt penah gak 3-4x jmpe dato ct nih,orgnye kecik je pon,nape tah dlm gambar & tv lebar je..actually tak pon..dan ye..die sgt manis

AishaAminudin said...

rezeki lebih, apasalahnya kongsi dgn org lain kan..comel jer pakai tudung tutup smua rambut..hrp dia berubah..insyaallah..

DeQWa said...

patut aritue blk kg,tgk kg tue siap ade gerbang lagi bkn men cantik,rupenye masjid dah siap...hehe
org kg permatang pasir tue memang suka kt datuk k,pemurah...
dekat ngan kg sy jer tue..hahha

Oyis said...

mmg siti ni lebih lawa kalo pakai tudung penuh than selendang. daripada zaman dia anak dara lg dia lebih manis kalo bertudung, i.e gi majlis tahlil agama islam than off-tudung (pendapat saya la).

nur said...

MZ..
untung kan dia ni..rezeki2..

Jemput ke:ALL IN ONE

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

she is the BEST...
patut di jadikan contoh oleh sumer artis2 kita...

me pun suka ngan ct

edane said...

cantik kan di pakai cam gini. sekali pandang mcm permaisuri pulak.

tp kan dia nampak demok sikit kan.. hmm hati senang

♥MAMASYAZA♥ said...

cunkan kalo dia terus pakai tudung camtu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails