Saturday 13 November 2010

Sharing is caring : Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

ada member me fwd email ni kat dlm inbox me...
kes terbaru ni, siap ada tarikh lagi ie 29 oct 2010 yg lps..

ni me copy paste dari email tu...

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya baru-baru ini.
Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU2, Keramat, KL.


Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.


Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam  keadaan ketakutan.


Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.


Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.


Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...


Semoga peristiwa ini  juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.
Semoga ianya menjadi ikhtibar agar kita sentiasa berhati2 dgn pelbagai kes jenayah yang melanda Malaysia.. beberapa tahun kebelakangan ini kes jenayah di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari..oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan masing2 sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan anda, segeralah memberikan bantuan atau pertolongan dengan memberitahu polis kerana dengan bantuan yg kita hulurkan walaupun sedikit namun mampu menyelamatkan satu nyawa dengan izin ALLAH.....

note : sama2lah kita semua berhati2..kat Msia byk betul jenayah lately--ari ni me baca kat harian metro online psl peragut tikam mangsa , and ada org kena tetak dgn pedang samurai kat dlm umah sendiri..so scary... 

25 comments:

Intan Inn said...

erm seram sejuk baca citer nie.erm intan anak 3lelaki semua sgtlah risau...erm risau sgt..erm kes yg ragut tue [un masih trauma lagi..aduhai kene tetak yer mangsa..mmg seramlah...

Yunus Badawi said...

Saya dan emak Adam membawa Adam ke JJ ni sehari sebelum kejadian tersebut kerana ada J card member day.

Bukan senang nak kawal budak tu. Nasib baik tak jadi apa2.

Unknown said...

memang kat kl skerg ni mcm tak selamatlah..pusing sana muka orang vietnam, pusing kiri muka org orang indon..

skrg klu nak jejalan sorang-sorang memang takut sungguhlah.


nanti kamu bagi banner kat yanmie.com yer..dia nak letak kat blog dia...asap tau

cik sasa said...

waa.....terkejut tgk brite ni...alhamdulillah jumpe blik

Unknown said...

memang takut baca kesah2 camni...
dah lama x bawa anak3 ke JJ & seumpamanya...

tp harus juga beringat2,,, boleh berlaku kat mana2..

Ijah EmoTemo said...

ijah dh lama xpergi dkt jaya jusco au2 keramat. situ budak2 mesti suka sbb tmpt dia terlalu luar klu nk berlari semua. tu yg a bit takut sikit.

tp skang tak kira kt mana2 mmg bahaya. budak kecik or remaja , dewasa pun takut jgk. penculik , peragut semua ada. mmg kena berhati2 selalu. T_T

nad said...

kene lebih berhati2 pasni..jgn syok bershopping je.. huhu! peringatan utk diri saya sendri jugak..

My Love said...

Salam..

Baju putih tertumpah dakwat.. menyebabkan baju itu nampak kotor.. kebanyakannya, bukanlah salah baju itu.. tapi salah dakwat itu yg tumpah ke baju...

imigrasi lebih banyak menimbulkan masalah sosial dan jenayah ;)

ieda said...

ya allah risau kan ..
akak ada dpt email tntg nie .. memang memberikan ikhtibar kepada kita .. kalau jenis budak takut org .. bila tgk org lain selain ibu dan bapa dia nangis .. tapi kalau dia jenis x takut org .. dia ikut je

Zareda Norman said...

lebih selamat pergi shopping jangan bawa anak anak... ataupun berjaga jaga ikat tangan anak dengan tangan kita, jangan lepaskan tgn anak what ever happen..

Ely Hasrul said...

ya allah seramnyee.. baru tadik g situ sammy siap lari2 sonok sendiri.. eeii nasib baik la tak jadik ape.. eeeiii serammm

aimi said...

entry yg sgt berguna...peringatan kepada semua...emi n nizar pn sll je lepas eham jln sekarang even kami follow kt belakang...bru je plan td nk jusco tu...nauzubillah jadi apa2 xelok...

ddfirdaus said...

Betul seriau baca ni coz saya pernah gie sana dan jusco2 lain dan ala2 jusco merata di KL ni dengan anak yang suka main cak-cak dan lari sesuka hati..Nauzubillah..

Liza said...

seram baca the entry, mmg takut nak bawak kids to places yg ramai sgt org, susah nak manage

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang menyeramkan...

FatinJelita said...

sgt bahaya.. aten slalu jgk g JJ AU sbb dkt ngn umah aunt kt keramat..

besides my aunt yg duk ampang, every weekend bwk anak dia jln2 kat jj.. bukan beli brg pun, just nk g main kt playground luar tu je..

aten minta copy ek, nk bg kat dia..

AbahMamaReza said...

eeii takutnye....ank emy tgh lasak skang nih....laju jek berlari2....masuk celah2 kain 2 tu pun mmg fav dia....jusco au2 tu pun mmg slalu gi :-(

Anonymous said...

takut wei nok kelik negara sendiri...

Lelord said...

pehhh modus operandi sama jek...cam ritu ade baca kes kat carrefour JB, bawak budak g toilet then cukur kepala, tp pasal pintu sumer dh ditutup x sempat nak bawak kuar. budak tu jumpe dlm toilet tgh kebingungan, siap ade skali plastik mengandungi rambut palsu & pakaian(senang le nak makeover)

mama tisya said...

ada bc psl ni kt fb..jusco ni yg dkt ngan umh,and slalu gk la pegi..smoga ank2 kita smua dilindungi

asfiedaimpiana said...

betul, selain berhati2 kena waspada ngan blackmail yg sekarang ni dah mula menular like 2008, it just to show dat our PDRM does not do their job. Bukan takat tu jer, sek ni pun dah nak mula balik perhimpunan sana, perhimpunan sini mcm thn 2008 tu, (just got info from tweeter kata ada perhimpunan kat area kl ie Bersih)

sume nak buat ppl takut...coz politik punya pasal kan..

note-ni pandangan peribadi me n melalui bacaan + info dr hubie ( dia mmg suka baca n analysis da politik situation tp dia bukan ahli politik. Takut silap bg statement kang naya jer ;P)

nur said...

isk scary!! nasib baik x sempat
ALL IN ONE

BUNGA said...

seramlah baca cerita2 mcm ni.. malaysia tanah airku sdh tak selamat lagi..

ardinihumaira said...

bahaya... skang ni macam2 kat malaysia. hu risau

Najwa said...

uiks.. tmpat me slalu pergi tu... sbb ofis me area2 situ jer... mmg skrng kna careful... xleh lekang tgk anak2... x pasal2 jer.. nasib la anaknyer tu x diapa2kan..huhuhuhu

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails