Thursday 25 November 2010

tak pakai tudung tapi perangai elok, hati baik, solat tak tinggal-- what do u say?

pakai tudung kan kewajipan individu...
me sbb sek agama, so memang dilatih pakai tudung..

 pic selingan--me in purple--26 dec 2009, ni kat LCCT, few moments sblm fly ke UK...

again, pakai tudung pun byk gak isu--like tudung yg too stylish, or too short sampai nampak apa yg patut ditutup etc

anway, back to the topic..
being someone yg biasa bertudung..me confuse and hairan gak...mcm mana yer...those yg perangai baik, sopan santun, lemah lembut, comel jelita ayu, solat tak tinggal...tp tak bertudung..me selalu tertanya2 dlm hati me sendiri..mcm mana lah agaknya yer those yg mcm ni...me ada jer kwn2 yg tak bertudung...

me suka sgt baca entry Ustaz Love psl isu ni..entry yg penuh hikmah...tepat, bernas, sweet..
ni antara petikan entry tu...


Soal hati tiada siapa pun yang dapat mendabik dada dengan mengatakan secara jelas bahawa hatinya telah baik… Soal beliau melakukan solat, berpuasa, bersedekah dsb.. tetapi tidak menutup aurat… maka, ibadahnya tetap berpahala… dan perbuatan membuka aurat itu, beliau tetap akan menanggung dosa…

Cuma adalah diharapkan, dengan ibadah2 yg beliau lakukan itu, maka Allah akan melembutkan hatinya untuk menutup aurat dan sedikit demi sedikit keburukannya akan dapat diperbaiki…
Tetapi jika kita berkeras dalam hal ini (tak nak jugak tutup aurat), maka ketahuilah sebenarnya dalam dalam hati kita tu ada satu bahagian yang dah rosak… bahagian2 lain mungkin baik (sbb tu mampu utk jaga ibadah2 lain)…

Dalam hal ini, kita kena takut kalau2 penyakit hati yg sedikit itu akan menjangkit bahagian2 lain yg dah baik… umpama kanser hati.. bermula dengan satu titik… dan akhirnya menyebabkan keseluruhan hati menjadi rosak…

FULL entry baca kat blog ustaz love lah yer..

note : sekadar peringatan utk diri me sendiri gak, yg kdg2 alpa, leka,lalai..wal iya zubillah..



30 comments:

. . . h u s n a . . . said...

btol2...hanya Allah yg berhak menentukan hati seseorang tu baik ke ta..

azimask said...

tepuk dada tanya hati mama zafran.. :D

pahala dosa masaing masing...
mmg terpikir..
tapi bukan kiter yang meletakkan pahala dosa seseorang tuh..

islam dah menyuruh umatnya menutup aurat..
as for me.. ada jugak kawan yg cam u said yg tak tudung tp baik , xx tinggal solat n ext... tp tuh la kan.. not us to judge them.. :D

mie pun kekadang ... bert-shirt lengan pendek...
aurat jugak tuh kan..
hehehehe

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

ADEEYA said...

hurm, terasa kjp sebab tk pakai tudung walaupun mama dah paksa :| taknak la keseluruhan hati rosak :s

tiefazatie said...

erm...btol2..kte xde hak nak judge orang kan...cuma doakan hati mereka terbuka la utk tutup aurat..

ifa pun kdg2 xsempurna juga bab2 jaga aurat nie..sbb pakai lengan pendek even bertudung..but skrg ifa jarang dah camtue..mesti nak pakai lengan panjang...xpun sarung je cardigan kan2..

moga ifa pun akan sentiasa alert tentang bab2 aurat nie..

man yusoef said...

facing a prob before..ada chinese gurl tnye knp ada perempuan yg tak pakai tudung??..is it ok tak pakai tudung?...bla..bla...tp jawab sekadar yg mampu je...huhu

Hani Shaklee said...

me pun nak jaga keperibadian diri. bertudung dah..cume perangai kena menjurus ke arah pakai tudung la. dah pakai tudung kena la bagi contoh yg baik. nnt orang ckp pakai tudung tapi perangai hancus..hehe..taknak la camtu..mane yang silap kita betulkan.manusia xpernah sempurna.syukur masih terbuka hati sedar kesilapan sendiri.tak kira la kita bertudung kecik ke, labuh ke, kita tetap akan nampak sebagai Islam di mata orang. kalau xnk orang mengata dan menjadi sbb orang tu berdosa sbb mengumpat maka kita, jd kita kena la tunjuk teladan yang baik.supaya satu hari nnt terbukak pintu hati dia untuk ikut ke arah kebaikan.sbg salah satu dakwah dalam diam..hehe

r|nA @ ja|j|na said...

erm, agak susahlah nak menjawabnye..solat tak tinggal tp free hair?! cane erk? solat mmglah dapat pahala, tp free hair berdosa..2,2 dapat..

Anonymous said...

btol susah gak nak jawab
pasal dosa pahala tu keje allah la kan..
yang bertudung pon blom tentu baik juga..kadang2 tu..hehehe

Qaseh Dalia said...

hati xmampu untuk kite lihat...sekurang2mya tunaikan kewajipan hehe

nina syakina said...

nina pun sama mcm akak... confuse jgk sbnrnya...~

ada kwn nina lg laa.. cukur kening... nina tya laa, tau tak perkara itu berdosa...

dia kata, kening dia sgt2 tebal, kalau dia tak cukur, nnti org mengata... berdosa je mengata2... aisshhh.... ssh laa cam nih...

chokeLy said...

sume b'mula dr nawaitu..

Hanz Jamaludin said...

PURPLAN!!! :-D

susah nk cakap pasal bab ni suzie..tp nk sharing ikut pengalaman me...

ada member sampai dh ada ank, masih x pakai tudung tapi solat x tinggal, keperibadian pun ok orgnya, sepanjang berkawan ngan dia x pernah pulak tgk dia busuk hati atau buat benda yg keji...

ada juga acquaintance, tudung labuh & berjubah sentiasa tapi mutu keje banyak org benci, & dia byk menyakitkan hati org sebab dia suka amik kesempatan atas org lain & x hormat rakan2 kongsi biznes dia sampai merugikan biznes diaorg

ada juga me tengok org yg berjubah bagai dan bertudung labuh tapi kurang bersopan, bongkak dan suka jaga tepi kain org.

& ramai my kengkawan yg x bertudung, tapi masih baik keperibadiannya...

tapi yg paling sedih bila pemakaian tudung dibuat main2, sekejap pakai, sekejap x pakai...lebih baik jgn pakai langsunglah kalau bertudung nak ikut tempat & keadaan pulak.

Anonymous said...

setuju dgn hanz =)

Anonymous said...

like this entry ^_^

Ayu Zarina said...

bagus entry ni..mengingatkan diri sendiri jugk ni..

Ibu Mifzal said...

pada saya..yg x bertudung bila bercakap sbb x nak hipokorit jika bertudung itu semua alasan je sperti menghalalkan yang haram....faham ke mereka yg aurat itu wajib ditutup? x kira la ikhlas or x ikhlas..sbb itu suruhan Allah...

sy ada baca di blog ustaz zaharuddin mengenai persoalan ini...

UZAR : actually Allah mengarahkan wanita muslimah bmenutup aurat dan bertduung sama da dia ikhlas atau tidak. Tidak ada istilah ipokrit dalam menutup aurat, Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Barangsiapa yang menutup aurat dan bertudung dalam keadaan ikhlas, ia akan diganjari sebwajarnya, barangsiapa yang tidak ikhlas, mereka beroleh satu dosa krn tidak ikhlas.

barangsiapa yang tidak menutup aurat dan tidak bertudung, mereka dibebani ratusan dosa...iaitu tiada ikhlas dan membuka aurat, dan setaip mata lelaki yang melihatnya dosa si lelaki itu akan dikonsgi oleh wanita yang tidak menutup aurat itu.

Sebenarnya, ikhlas dan tidak mahu hipokrit itu hanyalah bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah. Janganlah terpedaya dgn alasan tersebut.

utk lebih lanjut :

http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/459-bertudung-a-bercakap-sambil-hina-hukum.html

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=95

azlina aziz said...

Mungkin belum sampai seru pada mereka. Semoga disebabkan keperibadian yang baik itu, menjurus mereka untuk menjadi yang lebih baik dan seterusnya bertudung.

Manusia ni, rambut je sama hitam, hati lain2.

mama_umar_maryam said...

semoga yg blm bertudung Allah bg hidayah .. yg dah bertudung doa semoga peribadi elok..kitekan manusia biase..selalu lalai..;)

Fana Flora said...

orang yang pakai tudung belum tentu baik perangainya dan orang yang tak pakai tudung belum tentu jahat. kita cuma nampak kesalahan die sebab die tak pakai tudung tapi kadang-kadang apa yang die buat lebih baik dr org yg pakai tdung.

tapi siapa kita tak boleh menilai dia macam tu je sedangkan kita sendiri belum tentu sempurna kan. ;)

semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah.

Unknown said...

aahh Tuh laa..mmg ramai pon g2..tak semestinya org baik..tak buat bende jahat.bende tak elok.tak smestinya org jahat..tak buat bnde baik.tapi yg baik..baik la kan? yang dosa tetap dosa..

Myra Jay said...

btul tu.stuju sngat. x tutup aurat dosa lain, x solat dosa lain. xleh le nk samakan kedua duanya. tp dah kalau x pakai tudung x leh le kata orng yg solat wat dosa jgk. kang x psl2 tambah lg 1 dosa...

Kalamhati said...

Nauzubillah..yg wajib tetap wajib..dan perlu kita patuh walau tak suka cemana pun..

Rasulullah pun dh ceritakan bagaimana ketika israk mikraj baginda melihat siksaan yg dahsyat kepad sesiapa yg tidak menutup aurat kan..

ddfirdaus said...

alamak..sentap juga baca perkataan "rosak" tu..harap2 ada la nur hidayah untuk menutup aurat sebaikya suatu haru nanti supaya tidak merebak jika ada yang "rosak"..harap2 tak de la sampai "rosak"..seram i..

Unknown said...

yg bertudung pun kena jaga aurat & perbaiki mana yg kurang.. << ingatan utk diri sendiri ni...

Oyis said...

pernah terbaca jg psl ni di web ustaz zaharudin. mungkin yg sama mcm ibu mifzal baca kot.

mungkin mereka yg bertudung tp berperangai jahat tu adalah sbb aurat nya masih dikira x tertutup (bhg tubuh badan lain selain rambut) spt yg Islam hendak. ni point yg menakutkan diri saya jg. thanks kerana menyedarkan kembali.

btw, psl Fereo Rocher tu kan ... ya Tuhan.. malu plak komen saya hari tu dah jd satu entry khas. plak saya sibuk smlm mmg x sempat check jd nya hari ni lewat ptg baru la tahu. tp bagus jg dah jd entry, siap Ustaz Love bg penerangan lg. saya bukanlah pandai sgt bab2 ni, tp teringat plak kalo x sampaikan or x tarik perhatian kang sama2 dpt sahamnya. thanks kak suzie kerana buat reserach mendalam. masa saya mula2 found out psl FR, terus x mkn sbb takut syubhah. generally, kalo psl whey powder plak, kalo saya nmpk ada whey tp tiada logo vegetarian, saya tinggalkan, sbb logik saya, kalo ianya suitable for vege, sudah pasti company tu akan mewar-war kan kat packaging, kerana itu adalah added-value kpd product tersebut. kalo diam2 x de logo tu, saya jauhkan... tp kalo dah balik msia nnt mcm mana bila xde label vegetarian ni? jheng jeng jeng...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

Allah lebih mengetahui...

MOH KEMBARA said...

Salam, buat ibadat walaupun kecik dpt pahala, tak ikut suruhan dia walaupun kecik dpt dosa. Betullah kata ustaz tu.

nur said...

thanks mz.. peringatan bersama
ALL IN ONE

cikpia said...

thanks kak mama....... for sharing such a nice reminder......

me ni, pakai tudung (baru pelan2) tapi perangai camtaik gak..... must be the rotten part dah membesar..... =)

ummi sofiyyah said...

sentiasa berdoa semoga kita sentiasa berada dlm pandangan rahmat & kasih sayang ALLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails