Friday 13 September 2013

Takut | Giant Batu Caves

me sgt kerap pegi Giant Batu Caves sbb me shopping groceries kat sini (average dlm 2-3 kali seminggu)..sbbnya ia adalah hypermart paling dekat dgn umah me..
tp semlm ada kawan share kat FB...sgt menakutkan :(

Rakan sepejabat baru sahaja di samun jam 5pm tadi (12/9/13) di parking Giant Batu Caves. Alhamdulillah beliau selamat walaupun kehilangan beg tangan yang mengandungi handphone dan dokumen peribadi termasuk wang tunai.

Modus operandi penyamun adalah sebaik sahaja mangsa masuk dalam kereta dan meletakkan beg tangan di kerusi sebelah pemandu, penyamun akan segera membuka kereta dan mengambil beg tangan sebelum sempat mangsa mengunci pintu kereta atau bertindak balas. Dipercayai penyamun ini memerhati dan mengekori mangsa terutama wanita yang bersendirian.

Hati-hati apabila ke Giant Batu Caves, banyak kes samun, ragut termasuk bunuh telah dilaporkan di sini. Wallahu'alam.
memang sgt gerun dh nak gi Giant Bt Caves...sbb memang most of the times me drive sorang2 dtg sini.ie singgah time lunch hour or ptg lps abis keje..

moga2 kita semua sentiasa dilindungiNya...amiin


5 comments:

Wan Amira said...

dulu ade kes one lady meninggal sebab kene tembakan rambang

Rizziela said...

Skg ni dah tak macam dulu...semuanya serba tak selamat rasanya

Semoga kita sentiasa dilindungi

AyuArjuna BiGoshh said...

bahayalah giant kat situ

Chekgu Azrine said...

dah lam atak pergi..nx time pergi kena g ngan hubs la..huhu..scary!!

||aLeaSaRa|| said...

owh mak sedara pun selalu ke sana.memang dia cerita macam2 kes ragut.cubalah elak pergi sorang,sis. lebih baik berteman huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails