Saturday 7 December 2013

Nilai sebenar seorang isteri.

credit

Nilai sebenar seorang isteri. Betul ke?!

Seorang Penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.


PENCERAMAH: "Tulis 10 nama yg paling rapat dengan anda!" Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, di sana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isteri nya serta seterusnya.


PENCERAMAH: "Sekarang silakan pilih 7 di antaranya yg sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya." Lelaki itu menghapus 3 nama yg ditulisnya tadi.


PENCERAMAH: "Hapus 2 nama lagi, sehingga tinggal lah 5 nama lagi yg ada di papan tersebut."


PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi.” maka tinggal 3 nama iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.


Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: "Silakan padam 1 nama lagi!" Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yg sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.


PENCERAMAH: "Silakan pilih 1 nama lagi!" Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.


Setelah suasana tenang PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu: "Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yg telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yg darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.”
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.


Lalu lelaki menjawab: " Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin, setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar2 boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yg memilih tapi Tuhan yg menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini!"





note : wpun sgt sweet kalau ada suami yg bagi jwpn mcm kat atas... rasanya citer kat atas hanyalah rekaan dan imaginasi semata2...memang ada suami yg menghargai isteri tapi bilangan mcm 'rare species jer'--some of them, we can detect their existence, how? ..sebagaimana yg kita tgk kat FB lah... kebanyakan yg dipostkan kat FB oleh isteri masing2..all the pics, status that 'show off' psl life/suami masing2 lah..

well ...even dlm Islam...bagi seorg lelaki, ranking pertama adalah ibunya, then baru isteri...kalau ibunya dh tak de/meninggal dunia, barulah ranking tu dpt no 1 utk isteri..that's my view lah..

happy weekends uolls!

5 comments:

ajumohit said...

setuju sis, dalam hati memendam rasa huhu

AJ said...

setuju..bagi seorang suami, ibu perlu diutamakan jika dibandingkan dengan seorang isteri...

Zalina Hassan Zamri said...

tetiba feeling baca ni... jom join GA http://miszalina.blogspot.com/2013/12/sweet-sour-of-lfe-giveaway.html

Abil Fikri Ahmad said...

emmm...tumpang lalu..

Siti Munirah said...

mmm.. suami akan pilih ibu bapa dia dulu. even dalam Islam pun, kita sebagai isteri ni bukan yang no. 1 di hatinya.

pernah baca kat mana entah :
no. 1 - Allah dan rasul
no. 2 - ibu bapa suami
no. 3 - ibu bapa mertua
no. 4 - isteri

so, kite ni no. 4. maaf saya dah lupe sumber pembacaan tu. wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails