Tuesday 2 April 2013

Movie review - Bola Kampung | sangat menghiburkan

my boys memang minat kartun ni...so bila dh jd movie of course lah diaorg nak tgk

ari ahad lps, sempatlah weolls tgk bola kampung the movie ni kat TGV wangsa walk..

sgt cantik hasil animasi tempatan ni..memang setaraf dgn antarabangsa..jln citer pantas and tak meleret2..


ada karektek games yg kuar ke alam realiti ie kat kg iwan dan kawan2nya--berckp pls karekter games, teringat plak me citer Wreck It Ralph and citer boboiboy (ada one episode boboiboy termasuk/terperangkap dlm video game)

ni me amik sinopsis dari SINI



Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya. 

Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat  bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.
Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.


“Apabila Fantasi Melangkaui Realiti” 

me bagi 4 dari 5 bintang!!


6 comments:

mummy_ayu said...

BEST EK? IAN ADA GAK AJAK TGK CITA NIE HARI TU BUT aYU YG SIBUK NAK TGK THE CROODS...

AyuArjuna BiGoshh said...

ank me pun kata besh citer ni

Ezna Khalili said...

bo o la o bo o la kampung :-)

mama_umar_maryam said...

wahh rmi bagi good review, kitorg tgk the croods jugak

AzianKhalil said...

tgk yang bersiri tak menarik langsung...grafik pun hodoh..pasal dah ada review 4/5 bintang..macam kena tgk ni

Eliss said...

lama dah tak tengok wayang ni. ada baby ni lambat lagi laa kot kecuali di astro first. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails