Tuesday 5 March 2013

pagi-pagi termenangis jap

pg semlm luruh gaklah air mata me..

mula2 bila baca psl 6 org perwira negara yg gugur kat lahad datu/semporna tu..

then lps tu, sedey lagi bila baca entry kat blog mira..ie citer psl kawan mira...yg mana tiba2 dpt sakit kanser dan akhirnya pegi mengadap ilahi dlm jangka waktu yg singkat slps dpt tahu psl kanser tu...takdir hidup masing2 kan...sedey baca psl hari2 terakhir..dia buat kemo...then kali terakhir salam dgn her hubby, then koma then passed away....

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama. 

andai kata kita di tempat arwah...tak dpt nak bygkan....
moga2 Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala musibah yg tidak kita ingini...amiin ya rabbal alamin

al-fatihah

6 comments:

Anonymous said...

Al- fatihah
Sy ada juga kenalan
Yg br tau dpt kanser
Xlama meninggal

Faridzuan said...

Saya turut tumpang sedih juga. Tapi kita sebagai hamba-Nya hanya mampu reda atas pemergian seseorang. Hidup harus diteruskan meski orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. :')

AyuArjuna BiGoshh said...

sedey....byk iktibar yang blh diambil :(

εïзmmyHazaεïз said...

alamak... sedihnye...

Ezna Khalili said...

me pon bc.....:-( so sad.....

Wan Amira said...

sedih kan .. :( yer, takdir hidup masing2 .. macam mana lah nasib kita nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails