Saturday 30 June 2012

Re : Ustaz Azhar Idrus | ada orang jeles dengan UAI ker?

..

tak berkelip2 mata me membaca entry kat blog Ustaz Love--kupasan yg sgt bernas!!
ni me copy paste sikit..

Ustaz Love ada terbaca satu artikel yang diterbitkan di sebuah laman blog berunsurkan berita semasa berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Mashitah (DDM) terhadap seorang ustaz yang menyampaikan ceramah dengan cara berlawak jenaka dan membodohkan orang lain. Walaupun tidak ada nama yang dinyatakan, tetapi artikel yang ditulis itu menujukan terus kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI), seorang pendakwah tersohor dari negeri Pantai Timur.

Ustaz Love cuma nak fokuskan pada kenyataan pelik sang penulis yang mengatakan “kaedah berdakwah dengan LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam”.. cuba baca betul2.. ditulis dengan huruf besar tu (Capital Letter) sebagai tanda keyakinannya terhadap idea tersebut. Bahkan beliau dengan beraninya lagi menyatakan bahawa Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah bergurau senda atau berlawak jenaka. Jom kita tengok sama2 kebenaran dakwaan ini..
 
Suatu ketika datang seorang wanita tua kepada Nabi s.a.w. dan bertanya tentang syurga. Baginda bersabda, “Wanita tua tidak akan masuk ke syurga”. Wanita tua itu mula menangis. Sewaktu beliau mula nak meninggalkan bilik tersebut, Nabi s.a.w., menunjukkan kehalusan sifat jenakanya, menahan wanita tua itu dan bersabda, “Wanita tua akan menjadi muda sebelum masuk ke syurga” (HR. at-Tirmidzi).
Ada seorang Sahabat bernama Zahir yang pernah melakukan perniagaan barangan besi. Suatu ketika, Nabi s.a.w. melalui pasar dan melihat Zahir lalu dengan kelucuannya, Baginda memeluk Zahir dari belakang dan berkata, “Ada sesiapa yang sanggup membeli hamba ini?” Zahir ketawa lalu berkata, “Wahai Rasulallah, sesiapa saja yg membeli hamba ini akan mendapat kerugian”. Nabi s.a.w. tersenyum lalu bersabda, “Pada pandangan Allah, nilai kamu adalah tinggi“.

Ada seorang lelaki berjumpa dengan Nabi s.a.w. dan meminta untuk menunggang unta. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Aku akan berikan kamu anak unta”. Lelaki itu berkata, “Wahai Rasulallah, apa yang aku dapat buat dengan anak unta itu (maksudnya macam mana nak tunggang anak unta yg masih kecil). Nabi s.a.w. tersenyum lalu bertanya, “Adakah mana2 unta yang bukan daripada keturunan unta? (maksudnya anak unta pun unta jugak)“.

sila baca ulasan panjang lebar kat blog Ustaz Love

note : personally me sgt mengagumi UAI :) kita perlukan ramai pendakwah yg ada aura utk menyampaikan mesej dakwah dlm dunia akhir zaman ni..

 

7 comments:

Anum Shukri said...

Betul tu..kadang2 dengan berjenaka kita akan ingat apa yang ingin disampaikan..

Hudalatip said...

Yang penting mesej boleh sampai terutama kepada orang muda..Dakwah tak semestinya serius, kaedah nak menyampaikan tu yang penting..

Anna Da Lady said...

betul betul. Yang penting sampai benda yang betoi.

Wan Amira said...

oh, kenape dear. takpe ape pun pilihan u, im sure u have a reason.. ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

drpd dr. mashitah yang macam tak mencerminkan seorang pendakwah , I lebih suka UAI

Unknown said...

betul.. dakwah x semestinya kne serius, smpi x boleh berjenaka.. tp, dakwah x semestinya juga kne gunakan bahasa kasar bila nak address org..

Sheherazade said...

kalau ikutkan hati,sebakul rase nak memaki wanita yg sorang tu

tapi tak baik kan, ;(

suka UAI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails