Sunday 26 February 2012

animasi tempatan bertaraf antarabangsa | SeeFood -- must watch!

tak sbr nak tgk filem ni...
ada iras2 movie nemo kot sbb psl ikan kan hehehhe

ni me amik dari SINI

SeeFood telah ditayangkan di 90 buah negara luar contohnya seperti di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia pada tahun lepas. Akan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac 2012 ni di 80 buah panggung seluruh Malaysia.
Berlatar belakangkan eko-sistem sekitar kita, Seafood mengisahkan tentang seekor anak jerung bernama Pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya di mana pengembaraannya yang penuh dengan aksi-aksi lucu bukan sahaja di dalam air, malahan di darat.
Pup berusaha untuk menyelamatkan abang-abang dan kakaknya tanpa memikirkan keselamatan nyawanya. Pup telah sampai ke dunia daratan yang ada watak Man. Di daratan Pup tidak menyangka ada bahaya jugak menanti dia di sana.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di daratan.
Info mengenai filem ini :
  • SeeFood telah memenangi 3 anugerah animasi pada tahun lepas iaitu dalam kategori
  • Animator 3d Terbaik, Kompositor/Vfx
  • Animasi Terbaik dan
  • Montaj Animasi Terbaik.
  • Pengarah: Goh Aun Hoe
  • SeeFood dibiayai menerusi geran dana e-kandungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI).
  • Seefood mengambil masa selama 2 tahun 4 bulan untuk disiapkan sepenunhya.
  • Menerima hasil sentuhan dari 35 orang pelukis animasi
  • SeeFood dikategorikan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
  • Durasi tayangan ialah 90 minit.
Untuk trailer boleh lihat di [sini]

8 comments:

Azura @ cik buaya said...

wahhh hebat nk tgok nnt :)

Cikrosecute said...

ah tengok dia punyer iklan...memang best...

ADEEYA said...

Hee nak tengok jugak nanti! :D

Unknown said...

1st time cter animasi..yang membuatkan na rase nak tgk!!! sbb nak bwk iqy tengok!!

*∽ IZAN ∽* said...

WAJIB bawak anak-anak tengok nih!!

cikpia said...

aritu ada nampak poster dia..... ingatkan pixar punya movie.... he he.....

AishaAminudin said...

citer ni best..rugi x tgok

kayyana said...

kak, ada pembetulan sikit.. SeeFood atau nama asalnya SeaFood telah mendapat geran dana e-content daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, bukan alam sekitar lg dah.. dan department saya yang handle geran on econtent tuh.. SeeFood antara syarikat terbaik yang senang untuk bekerjasama... hehehe.. tgk tau jgn tak tgk.. best giler..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails