Saturday 17 July 2010

Hari Tidak Berbelanja = 16 July = my anniversary date tu... :p

I saw this story on Hari Tidak Berbelanja @Harian Metro Online....and it is on 16 july...oh no! tu date my anniversary tu...

emm...rasa mcm kurang praktikal ajer kan kempen ni :) kalau kempen no plastic bag day tu rasanya logik and practical la...

read further here..

my copy paste

Masih ramai tak endah Hari Tidak Berbelanja

2010/07/17

PETALING JAYA: Kesedaran masyarakat terhadap kempen Hari Tidak Berbelanja masih rendah walaupun ia disambut buat kali ketiga sejak 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, berkata masih terdapat sesetengah pihak beranggapan kempen berkenaan diadakan bagi ‘membunuh’ peniaga kecil.

“Pada tahun ini kami menyebarkan 40,000 risalah kepada pengguna, bagaimanapun ia belum memberi kesan kerana masih ramai pengguna membeli-belah pada tarikh berkempen, 16 Julai setiap tahun.

“Saya menegaskan kempen ini tidak melawan perniagaan, tetapi lebih kepada mendidik pengguna berikutan kecenderungan mereka untuk berbelanja berlebihan daripada keperluan. Kempen ini juga menarik minat beberapa pihak kerana ia berbentuk pendidikan secara berterusan,” katanya pada sidang media ketika melancarkan kempen berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, kempen yang berasaskan kesedaran diri dalam berbelanja itu mampu memberi kesan terhadap kualiti hidup masyarakat bukan saja berjimat, tetapi juga menjaga alam sekitar.

6 comments:

Lady of Leisure said...

susah nak komen.. sebab i dah terbelanja barangan dapur tadi sebab plan esok malas nak keluar rumah dah.. i usually spend my sunday kat rumah dengan my two kitties ni :)

Hamizah said...

ada juga ye..xtau pon..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

xpernah tau lak..macam tak relevan jer..hihi

BUNGA said...

yerlah.. tak sesuwai jer kempen ni.. hmm..

Ibu Mifzal said...

sy pun x pernah tau..even duk mesia ni..haha..mmg x relevan...sbb mcm2 pun mesti ada gak kena belanja..dibuatnya susu anak abih hari tuh...x kan nak tunggu esoknya pulak br beli..kebulur la anak nnt..sgt2 x relevan..

ps : me belanja riban2 hari tuh..huhu..

Jejari Halus said...

tak penah dgr plak..hihih..
but, bg saya, not practical at all..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails