Monday, 14 May 2012

Insaflah | KISAH BENAR peringatan utk diri sendiri dan kita semua

........
me ternampak ada kawan FB share citer ni kat FB..in case uolls lom baca...:sedey :(
memang kat hi way kdg2 kita tekan pedal minyak cepat jer meter naik jd 140 even above...my confession..biasanya kat hi way me drive 12o km/h, kalau terlebih jd 140 cepat2 me slow balik..sbb gerun and risau dgn segala kemungkinan..cthnya kalau terpaksa brek mengejut kan...wal iyazubillah

~~~ AL-FATIHAH~buat peringatan pengguna2 'Highway' ~~
Cerita dpd seorg kawan c99limited.com (Sall Bj bru dpt email ni)

Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.


Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia. 


Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.


Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.


Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar. 


Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.


Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa. 


Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat. 


Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.


Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital.
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai. 


Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.


Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.


Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku utk tenangkn dia.

 

note : moga2 jd pengajaran utk kita semua..

 

16 comments:

Fazlinil Irma said...

innalillah. al-fatihah buat mereka.

adik beradik lelaki sy pun suka bawak keta laju. keta tu mmg diubahsuai utk berlumba.

tp sy suka naik keta dgn dorg. hehe.
rasa bangga je bila keta cabuk adik sy potong keta mahal2. :)

Ezna said...

i dah tak berani bawak laju....masa muda2 dulu yes.....

me suya said...

seriau je baca.. suya takut kalau bawa keta laju2. tpi bila lambat sgt redah je la drive laju. mmg betul2 kasi pengajaran cerita ni

ummi nia said...

sy rasa nie kejadian 2 mggu lps kot..member kwn sy yg lancer tue..anak dia mmg selamat..

Ijah EmoTemo said...

terasa sebak dgn takut baca benda ni. kesian dkt baby tu :(

Aida Lela said...

Ya Allah. sedihnya. baru je baca dalam paper pasal kemalangan ni minggu lepas kalau tak silap. ini cerita sebenar dia rupanya.

Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin

mamaRIFQY said...

skali lagi..nak komen..takut nak bace...takut sedih

transformed housewife said...

Innalillahiwainnahirajiun. Mmy bagus jd peringatan pd org yg suka memecut kat highway ni.

Miss Anisah said...

kisah ni lebih kurang sama dengan kemalangan yang meragut nyawa mak mertua saya.. cuma kereta yang melayang tu dah menghempap kereta yang dia naiki di highway yang sama hujung tahun lepas..

Peri PiA said...

innalillah. al-fatihah
semoga jadi tauladan utk kita

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terpaku akak membacanya MZ, kesian kat baby tu... jadi anak yatim piatu.. pengajaran yang berguna, hati-hati di jalan raya..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

PINJAM YE NK LETAK KAT BELOG

Ryha (NCL 23) said...

inspira tu yg start tp dia yg lari?

Zulaikha Mohamad said...

Al-Fatihah.. Allahuakbar.. Peringatan untuk kita semua especially yg bwk anak2 isteri dlm kereta, ingatlah org yg tersayang.. mmg dh tersurat dia akan meninggal dunia dlm keadaan mcmtu, tp jgnlah disebabkan ego, nk tunjuk sape lg laju menjadi punca semua ini berlaku.. Selalu lah berdoa agar kita sentiasa dilindungi di bawah rahmat dan lindungan Allah S.W.T.. Sedey mengenangkan nasib baby tu.. :-(

mayangsayang said...

SERAM, SEDIH DAN GERAM ....

DeQWa said...

sedihnye....mohon share jugak MZ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails