Saturday 29 December 2012

obsesi fareeda : jujur saya kagum | kayanya rakyat malaysia

ternampak org share-reshare pics psl sale kat butik tudung fareeda...kiranya peminat2 tudung ni sanggup beratur seawal mungkin utk amik no giliran utk beli tudung ni time sale..betapa ramainya rakyat msia yg mampu pakai tudung mahal kan...



My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy?

Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus mengh
alang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri.

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi.

Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda.

Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut.

Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga.

Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai
.



15 comments:

Hudalatip said...

Kalau saya tak sanggup macam ni..

Aida Lela said...

Ini memang obses betul ni

*geleng kepala tengok gambar. Huhuhu

Nadyahoney said...

Perrgghhh...mmg sggup la tggu dri tgh mlm...cm launchg tepon lak..tepuk dada tanya hati,adakah semuanya berbaloi..

Chekgu Azrine said...

Dasat..saya xsanggup nk buat..hehe..byk krja kt rumah dr dok beratur melangut kt situ semata2 nk bli tudung fareeda..uhuk

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Rasanya ramai yg sanggup tido kt depan kedai tu byk yg bisnes. Time sale ni harga murah so boleh la dorang jual dgn harga tinggi

Anonymous said...

memang skrg ni org malaysia kaya-kaya..tudung ratusan ringgit jadi rebutan. kesian lak dgn doc hanie tu kan..area umah dia jadi mangsa

Sheherazade said...

tudung je kot

kalau dah menyusahkan org,fikirlah sendiri

Wan Amira said...

berapa murah sale dia suzz sampaiorang sanggup beratur

TechKini.com said...

ramainya yang nak beli tudung. alhamdulillah sebab ramai yang pakai tapi jgn membazir dah la...

Tech Kini

Ezna Khalili said...

suzz bukan setakat tudung je. Orang Malaysia sanggup membeli rumah yang berharga RM600,000++. Kat Kinrara misalnya...harga rumah RM600,000 sold out u. Rumah kira berbaloi juga kalau nak beli since investment yang baik. Ini tudung....err me fikir 2-3 kali kot. Peminat fanatik ni pun satu parking elok-elok la ye....jgn sampai mengganggu tuan rumah tu. :-(

AzianKhalil said...

"Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai."
hehe....harap-harap begitulah...

Yasmin Yahaya said...

Tudung Fareeda sgtlaa mahal.. kadang2 rasa mcm x worth it beli sbb harga kdg2 mengalahkan baju kurung yg mungkin standard RM200-300.. huhu.. Lg pun tudung dia agak singkat n a bit fancy.. adekah material tudung itu yg menyebabkan mahal atau pada brand fareeda tu saje??

CeqGu said...

mak oiiiiiii sampai cenggitu sekali. kalau ler ramai yg beratur cenggini utk bg derma rumah anak yatim kan bagus hihihi...

*Mrsfarahzaki * said...

sungguh tak faham..kalau beli kat masjid jamek pun sama je kot.. xfaham...xfaham...

DeYanti Gift said...

tak faham... tagline NYATA JELITA... jelita sangat ke mamai-mamai subuh-subuh buta beratur macam ni...????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails