Thursday 24 January 2013

Nak kena amalkan wpun sukar

nak kena amalkan wpun agak sukar...



faktor cuaca panas kat Msia so selalu terasa nak minum air yg sejuk (dari dlm peti sejuk) or yg ada ais..masa me kat UK, memang minum air suam 24/7 sbb cuaca sejuk...

ni me copy paste dari FB..

Kebaikan Minum Air SuamAir penting untuk tubuh badan kita. Ada orang kata kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sekali. Tahukan korang yang minum air suam adalah lebih baik dari minum air sejuk atau dingin ? Jom ketahui lebih lanjut ....



1. Menguruskan badan- Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.



2. Meningkatkan kesuburan -Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.



3. Melancarkan sistem pencernaan- Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.



4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser -Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.



5. Perawatan kecantikan- Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.



6. Tubuh lebih segar dan sihat- Khasiat air suambukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.



7. Menyihatkan jantung-Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.



8. Ubat kepada penyakit strok-Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

5 comments:

mira_nas said...

heee... bagus lah.. keep our body hydrated. Percentage air dalam badan pun memang tinggi.

Ezna Khalili said...

me kurang minum air..

Chekgu Azrine said...

Tq for the info..btw..saya tak suka minum air sejuk or ayaq ais..mmg amalkan minum air putih biasa atah air suam..

mama_umar_maryam said...

mmg agak pyh nk telan air putih ni ..huhu tp mmg kene pakse diri

CeqGu said...

huhuhu pun kurang minum air

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails