Wednesday 7 December 2011

Beshnya kalau dapat join | Boboiboy di MidValley

i dun have girls...having two boys...both of them are big fans of character like Ben-10, Power Rangers, Upin Ipin..and latest obsessions--BoboiBoy

i pun temankan my kids tgk boboiboy--so i dh tau jln citer and kenal semua watak2 ni :p

and ternampak psl Boboiboy event kat MidValler--esok..tapi timing nya ptg-mlm...mcm susah ler me nak bwk my boys attend..emmm...tak dapek nak nolon

ni me amik dari Harian Metro online:

BAGI penggemar ranca�ngan kartun Boboiboy, kini anda boleh berkenalan secara lebih dekat dengan watak animasi yang menjadi ikon Malaysia apabila pencipta dan pelakon yang meminjamkan suara kepada watak dalam siri animasi itu akan bertemu peminat di Pusat Pameran MidValley (MVEC) pada 8 Disember ini dari jam 6 petang hingga 7 malam.


Bagi pencipta utama watak kartun yang hanya mahu dikenali sebagai Anas, Boboiboy kini mencapai kejayaan yang memberangsangkan dari segi komersial.

Hasil tinjau selidik yang dikeluarkan Nielsen menunjukkan siri kartun itu menarik purata 1.1 juta penonton setiap episod.

Buat masa ini ia adalah siri kartun nombor satu di TV3 Malaysia dan tiga teratas kartun Disney Asia di Malaysia, Filipina dan Singapura

“Kami berhasrat untuk menggembirakan orang ramai di MidValley pada 8 Disember ini serta memberi peluang kepada mereka menonton sedutan episod akhir musim ini dan melihat apa yang berlaku kepada Boboiboy dan kawan-kawannya dalam musim kedua.



Peminat siri ini juga dapat melihat watak baru dan kuasa baru Boboiboy yang lebih hebat. Kami merancang untuk menjemput dan memperkenalkan barisan pelakon yang meminjamkan suara kepada watak kartun ini kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Evergreen Publishers, Rachel Poon yang mendapat hak menggunakan jenama Boboiboy dalam rangkaian alat tulis mereka berasa teruja kerana dapat menerbitkan bahan bacaan serta alat tulis dan buku nota yang boleh dijadikan hadiah kepada kawan-kawan.

“Sebagai penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan bahan bacaan animasi dan barangan hadiah untuk kanak-kanak, kami gembira kerana mendapat hak menggunakan gambar watak kartun paling digemari di negara ini.

“Dengan memaparkan watak animasi ini pada rangkaian alat tulis, kami berharap dapat mengingat�kan dan memberi inspirasi kepada pelanggan supaya menggunakan zaman muda mereka untuk kebaikan dan kegembiraan serta mencontohi kelakuan baik Boboiboy dan kawan-kawannya dalam perjuangan mereka menegakkan nilai keluarga.

“Objektif kami melancarkan rangkaian alat tulis amal ini untuk menggalakkan kanak-kanak di negara kita supaya berfikiran positif dan �menghayati semangat berkongsi dan beramal. Rangkaian alat tulis ini yang merangkumi alat keperluan utama seperti pensel mekanikal, grafit pensel, pemadam, botol air, blok kertas lukisan, bekas pensel, buku aktiviti pembelajaran, kalendar dan buku nota, boleh dijadikan �hadiah yang menarik untuk anak anda atau kawan-kawan,” kata Rachel.

Sebahagian daripada hasil jualan (satu peratus) akan disumbangkan kepada World Vision untuk menyokong usaha membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.
Orang ramai yang mengunjungi MVEC pada 8 Disember ini akan menerima 50 beg hadiah bersama tandatangan watak Boboiboy secara percuma. Mereka juga berpeluang membeli set alat tulis pada harga istimewa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.evergreenpublisher.com.my.






5 comments:

mama tisya said...

tisya minat boboiboy..dok nyanyi je..sbr je la..oh ptg-mlm..dh la tmpt jem MV tu..

Sheherazade said...

me n hubby suke katun ni

ade humor :D

Unknown said...

suke jgk tgk kartun nie..

cikpia said...

bestnya dapat goodie bag dia....!! (teruja lebey)

mama_umar_maryam said...

alah,naper timingnye petang ye?? umar pon minat boboiboy nih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails