Tuesday, 26 July 2011

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

selama ni rasanya kita dok baca psl keluhan di pihak jimmy ajer kan..
now his wife dh bukak mulut ni..uolls dh baca ker?
jom baca--from mstar online:

Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN

PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

note : entahlah...tapi pd pendapat me selaku org luar--seorg isteri kena ubah cara hidup zmn bujang bila dh kawin kan..kena bagi priority utk suami... 



23 comments:

amiey lee said...

mz - kta pun setuju..seorang isteri kna ubah sikap bila dh jadi isteri . kena kurangkan masa berhibur dgn kawan2... kadang2 nak kuar ngan kawan kalau hubby kasi pun..kta teragak2 nak pegi... kna lebihkan dia sbg seorang suami...

wallahualam..Allah maha mengetahui segalanya

~ yus ~ said...

setuju dengan note mz tu, tapi seorang suami juga tak bolehlah cepat sangat mengangkat tangan dengan isteri. Baru sebulan kahwin dan berani pukul, patut-patutlah kan...

Rasanya dua2 dari dunia berbeza, jadi masing-masing perlu selami hati budi dengan baik di awal perkahwinan kan mz

notti netti said...

susah jugak cenggini..si isteri masih tak boleh tinggalkan zaman muda mudi dia..si suami nak perhatian...hmm..still si suami yang menang.....

*∽ IZAN ∽* said...

isk isk isk.. macam2. kalau dah start buka pekung di dada ni la jadinya.. saling mengata sesama sendiri.. isk isk isk

mummy_ayu said...

pulak..kenapa baru sekarang nak bersuara? mcm tak paham jer..
and sokong komen kak suzie.kira yg kena ubah cara hidup, sbb da berkahwin..

waalllaa! said...

sebagai seorang isteri..nak taknak memang kena ikut cakap suami.. kalau rasa xnk ikut cakap baik jangan kawin..idup la membujang..sebab nnt menambahkan dosa suami aje sebab tak dpt nak bimbing isteri.. wat malu je wife dia ni keluarkan statement..menampakkan aje keburukkan dia..dia nak salahkan suami tapi kesalahan diri dia cmn? selagi suami tak suruh buat perkara yang mungkar selagi tu la kena patuh..
tu la..orang nak kawin ..dia pun nak kawin..tapi tanggungjawab n pernanan isteri tak dilakukan.. bila jadi ape2 suka nak menunding jari pada orang lain dan tak sedar 4jarilagi menunding pada diri sendiri..

MamaJue & PapaMimi Story said...

saya kenal suhaila ni.. satu sekolah dgn saya.. dia mmg agak sosial la.. agak degil.. ingatkan dah kawin berubah tp still sama jer.. jenis tak heran duit org len.. dia dia belambak2..

Anamarza said...

nampak mcm isteri dia yg ego, patut awal2 kahwin lebihkan masa dgn suami bukan dgn kwn2

mama_umar_maryam said...

dua2 ade silap..hrp2 blh dpt kesedaran..as org luar,kite blh amik pengajaran kan

Fara said...

macam2 hal kisah rumahtangga artis, adelah lebih baik diorang fikir dan selesaikan masalah sendiri drp cakap nape tak puas hati dgn si suami, nape tak puas hati dgn si isteri.. hmm

Sidratul Muntaha said...

sangat buruk bila aib dibukak dan dijaja sana sini...
nauzubillah...

Ardini Humaira said...

betul tu kak... walau cemana sekalipun selagi tak bertentangan dengan syariat, isteri wajib patuhi setiap kehendak suami... sabda Rasulullah SAW... jika manusia boleh manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya...

Ummi Dania Yasmine said...

nak cari pasangan kenalah sekufu'. mereka ni macam antara dua darjat....

Alin Marlini said...

macam tak percaya Jimmy sebegitu orangnya...

Nana said...

stuju....klw dah kawen buat la cara dh kawen xkan nak lepak2 mcm zaman bujang
lain la klw macam saya laki xde kat sini hahaaa

Mama Zharfan said...

@amiey lee : yep, betul tu..wallahualam

@yus : yepp.memang tak serasi kan..

@notti netti : betul betul

@izan : ha ah, tak tau saper yg betul..

@mummy ayu : tu lah..nampak mcm more faults kat pihak suhaila kan...

@waallaa : can't agree more

@mama jue : ooo ur ex school mate yer..ego sbb anak org kaya kot...

@anamarza : betul tu

@zety : yep, tapi mcm dh tak leh jd suami isteri ni..

@Fara : tu la...ni mcm dh terlewat ni..

@sidratul muntaha : yep, agree

@ardini : betul tu..suami sgt tinggi mertabatnya

@ezz : betul betul

@alin : may be sbb isteri melampau2 provoke ..

@Nana : hehe betul betul...gaya hidup mcm org bujang apa kes...

kakyong said...

bila stetemnet kuor media nih, mcm2 tanggapan org boleh buat.. seeloknya selesaikan lah cara baik... tp pandangan kakyong, nampak sgt remeh bila isteri nya nak pertikai suami x ramai kawan, suami x beli brg2 baby & tak bayar bil perubatan..

lebih menimbulkan sangsi org ramai bila Jimmy langsung tdk menafikan, cuma ade bbrp perkara rasa mcm wife nya ni terlebih2, x nampak kematangan di situ... semoga apa juga masala ni dpt mematangkan kedua2 belah pihak.....

ni kira bunting pelamin la yer... 10 hari jer bahagia... kira subur lah kan... akakakka... *birupulakotakku*

Kalamhati said...

Wallahu a'lam..taktau sapa yg betul..

namun, kalau baca kenyataan pihak isteri, mmg nmpk dia tak suka dikongkong..dia nk si suami bagi kebebasan dia bergaul dgn kawan2..mana boleh gitu.

cuba tnya pengalaman org yg dh kawin la..ada ke suami kalian tak marah kalau keluar sesuka hati dgn kwn2 mcm b4 kawen..

tah la..huhu.hopefuly depa dpt setelkan cecepat..letih baca kisah rumahtangga retis ni kan..huhu buka oekung di dada.terpaksa la buka keburukan masing2 sbb nak pertahankan kebenaran..huhu

mama rifQy said...

alaahaii..entah la..bende2 gini tak reti nak komen..macam xsangka lak jimmy begituu..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ikutla cakap hsbd..

tapikan MZ kalau ila pun sedih aikkkkkkk baru jadi suami tak sampai beberapa hari dah angkat tangan? pastu jimmy ne kena tau dia kawin dgn ank yg lahir dalam dulang emas ..dia kena prepare mentaly.. yg dah biasa "ter"lebih pergaulan mcm wife dia ne kenalah dididik dgn berhikmah ..kena main tarik tali..

tapi once kita dah sedia nak kawin kenalah ikut cakap suami..

deqlis said...

dua2x salah jugak...tp berat sebelah isteri laa..patut dengar jerk laa kata suami..dah kat ajgn keluar sehari sebelum nak kahwin jgn laa keluar..apesal laa degil sangat...klu nk kuar sangat pun, ajak laa JImmy sekali....

deqlis rasa bab klu esok dah nak kenduri/akad nikah, mmg mak2x kita pun tak kasik keluar rumah dah... sesetengah org lagi laa sebulan tak leh kuar rumah sebelum kahwin... teringat deqlis dulu, esok nk kenduri ingat nk keluar p amik brg tempahan...last2x org suruh masuk rumah...biar org lain tolong amikkan...


dan buat Jimmy pulak, jgn laa cepat sgt naik tangan...cakap dengan lemah lembut dan bertoleransi laa... klu deqlis hb jenis cpt naik tgn pun tak suka.. suara tu jer perlu tegas sikit.....hmm entah laa.. malu2 dua2x laa..bukak pekung di di dada..

tiefazatie said...

erm..setuju ngn sis..
papepun..allah lebih tahu segalanya kan..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

macam2 kes la sekarnag ni, nak2nya kalo bab artis ni, moga mereka dapat petunjuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails