Wednesday, 13 July 2011

Tiada kopitiam HALAL di Selangor | me tak pernah masuk/mkn/minum kat mana2 kopitiam..Alhamdulillah

pelik tapi benar, tapi ni fakta -- me tak pernah jejak kaki masuk mkn or minum kat mana2 kopitiam sbb dlm kepala otak me, me sgt ragu2 dgn kopitiam--me rasa mcm tak halal ajer....

so terbukti lah benar segala keraguan me selama ini..

uolls dh baca ker kat Kosmo

Tiada kopitiam halal di Selangor





SALAH sebuah premis kopitiam yang menggunakan logo halal daripada pihak swasta.



SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.

note : jgn amik mudah isu halal haram sbb akan jd darah daging kita...

9 comments:

hanani said...

menakutkanlah.. selangor lak tu.Oldtown white coffee tu selalu gak masuk..camne ni??

Jom baca ni :BATA POWER..selesa dikaki, selamat dipoket..

waalllaa! said...

mama,,saya kalau makan kat kopition saya makan dekat old town white coffee aje. sebab yang tu setakat ni saya search kat website jakim still dalam list halal jakim lagi..lagipun kawan saya kerja kat situ dulu kat bahagian halal hub untul old town..to yang saya confident je makan kat situ..coz dia yang uruskan untuk bahagian halal untuk old town white coffee dulu..

mama boleh check kat sini kalau nak tengok premis makanan tu halal ke tak..

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..mujur tak penah pun makan or minum kat kopitiam sbb geli..hehhe

mama rifQy said...

ish..sangat bahaya kan?? na mmg tak pernah masuk kopitiam

juelee said...

sama la kak.. saya bukan ragu2 tapi geli hahahha rasa macam kpitiam tu cina jeee

deqlis said...

setuju..
deqlis pun tak masuk kopitiam...
klu nk makan roti bakar..bakar jer sendirik kat rumah:)

dulu ada isu OTWC tu kan??



Jom join GA Deqlis.. Timaceh

Ardini Humaira said...

dni lom penah masuk kopitiam lagi hehe

Nana said...

sama la kita mz
mmg xpernah masuk mana2 kopitiam
sebab tau
dia style ala2 cina
& xpernah nampak dia nye logo halal

tiefazatie said...

isk..nasib baik xpernah mkn sana nie..hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails