Wednesday 25 January 2012

Di saat kita bergembira bershopping, berholiday, mkn2 kat tempat2 besh | ada mereka yang benar2 memerlukan...

me amik dari blog Ustaz Love


Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.


Kenapa? Sebab nak beli beras.


“Kami lapar sgt,” kata mereka.


“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”


Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.


Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.


Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.


Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

FEEL FREE TO READ FULL ENTRY

-------------------------------------------

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:


Untuk menyumbang terus ke sekolah ini -
Maybank
'KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH'
Acc No: 562496003074

Bank Islam
SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372

Hubungi Guru Besar : Ustazah Siti Hawa Sharif - 0139180191 atau Ustazah Norazainah - 0173217971 untuk memaklumkan sumbangan.



Berikanlah sebahagian daripada harta kita untuk mereka yang berhak.. insyaAllah, ia mampu membersihkan dan menyucikan harta kita. Kalau tak mampu nak bagi, sebar2kanlah perkara ini.. semoga ada juga bahagian buat kita di akhirat nanti.

note : kalau tak mampu nak derma RM100, RM50 atau RM10, derma RM5, kalau tak mampu juga, RM1 pun ok...kalau 1k org yg menderma RM1 dh jd RM1k kan...barakallah fiik wa fiina.

11 comments:

Sheherazade said...

:'(

Unknown said...

harap ada yang sudi membantu.mari saya tolong promote di fb saya.
Entri Terbaru Saya:
Cara Terbaik Untuk Boikot Yahudi

Cikgu Aini said...

di bandar pun masih ada manusia sebegini?..SubhanALLAH...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

huhu~

Ely Hasrul said...

insyaAllah.. ekceli tak sanggup nk baca full entry sbb dh terbaca yg bongsu tu umur 4thn.. sebaya dgn sammy boy.. ya Allah kalau Sammy boy mcm tu.. xtau nk ckp ape.. huwaa..

Chekgu Azrine said...

kesian to both of them..kecik2 terpksa mencuri demi sesuap nasi..

Ezna Khalili said...

Ada terbaca dalam email yang di forard oleh ummikusayang. sedihnya :-(

Wansteddy Tales said...

sayu hati baca kisah ni. Mudah2an bnyk bantuan dihulurkan buat keluarga ni, amin...

Ezna Khalili said...

***forward

elisataufik said...

Assalamu-'alaikum,
Mohon jasa baik tuan blog untuk meminda nombor akaun didalam post ini.

Untuk menyumbang terus ke sekolah ini -
Maybank
'KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH'
Acc No: 562496003074

Bank Islam
SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372

Hubungi Guru Besar : Ustazah Siti Hawa Sharif - 0139180191 atau Ustazah Norazainah - 0173217971 untuk memaklumkan sumbangan.

Seboleh2nya, akaun peribadi Tengku Elisa dan Sakina Mohamad tidak digunakan untuk menyalur sumbangan.
Minta tolong buang informasi ini, ya.
Jazakallah.

Mama Zharfan said...

@elisataufik : saya dh edit entry. tqvm for the info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails