Thursday 12 January 2012

Kesian Wardina :( | Rumah Wardina Dipecah Masuk Perompak Indon, Suami Dipukul

uolls dh baca ker...
scary :( jahat kan perompak2 Indon tu....

me amik kat sini


KUALA LUMPUR – Rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah, telah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga perompak bersenjatakan parang mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.







Menurut Wardina yang berkongsi pengalaman yang mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa suaminya, Ikhwan Johari telah dipukul perompak tersebut manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden yang berlaku malam tadi.






“We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hpless too.






“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah.






“Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan,” kata Wardina yang dipetik dari laman Twitter miliknya beberapa jam yang lalu.






“Takut sgt dia apa-apakan kami, sbb marah tak de brng kemas…Kids trauma sikit,” katanya lagi.






Agak melucukan juga apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.






Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, telah melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis dan pihak berkuasa itu masih menyiasat mengenai kejadian tersebut di rumahnya.






Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.






Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.




note : moga2 kita semua sentiasa dilindungi Yang Esa..Amiin


6 comments:

eiyzniey said...

Laaa..ksian nyeee

Ely Hasrul said...

hah suzie, nnti i nk buat post psl kejadian pecah rumah nih jugak la.. more on issue ape kite simpan dlm umah sbb i penah diskus dgn mmber, wat if we dont hve anything to offer? sure dorg marah kan? even my fren punye auntie simpan 3kcash kt umah, she said if perompak dtg auntie kasik aje duit tu suh blah.. hahah lucu pon iye i rasa tp i nih seurat emas pon takde.. seram siot..

notti netti said...

uish ni yang net takut nak pindah keluar dari kuarters polis ni.....

Mek Rose said...

siannya..sib baik semua selamat ek

@lfidah @dim said...

takutkan bila dengar kes pecah rumah nie.nak2 bila perompak tak puas hati dengan kita bila kita tak simpan apa-apa brg pun kat rumah..nak buat mcm mn kalau tak ada brg kemas. mintaklah dijauhkan benda2 buruk nie berlaku pada kita.

Ezna Khalili said...

Gerun dengar kes pecah rumah. I mungkin agak selamat sebab sebelah rumah i rumah guard. Tapi, kena hati2 juga dengan guard.....

Mintak dijauhkan perkara yang menakutkan ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails