Friday 20 January 2012

Mode geram-segeramnya - Tiada maaf untuk kecuaian yg membawa maut | Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan

me baca kat berita harian online

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan. Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian

note : baby kecik kan sgt fragile...nyawa mana boleh buat main2...tak tau nak ckp apa tapi me sgt marah dan EMO dgn kecuaian yg sebegitu...


11 comments:

Effi Rahmat said...

Diorang nih jaga memain jer.. ingat jaga kucing ker... apa hukuman untuk kecuaian seperti ini ya???

Jue said...

emmm betul tu..cuaila nie..dah tau baby kan..jg btul2 la ms bg susu..banyak dah kes ginie..senyap kejap de balik...aduhaiii kesian...emmmm


*nyawa ibarat pea dah skunk..pelik..klu jue la..jue saman jeak if betul2 kecuaian kan..emmm

Ms and Mr Red Ribbon said...

haa risau plak, bende2 camnih la yang buat me xnak keje dan bagi baby kat nursery... alfatihah untuk baby2 comel tersayang tue... :(

bunga_rose said...

tu la, pagi tadi buka je paper muka depan berita harian pada baby tu... sebab tu takut nak hantar nursery, lagi percaya hantar pada pengasuh yg jaga kat rumah

Mama Khairan aka Rudy said...

kkdng kena tego gak tmpt asuhan tu camna..so far me ~ parent laa yg kena mainkan peranan..kkdng tu nk murah & janji ade ore jaga, main bantai je anta ke umah asuhan yg x dijamin selamat .. dah tau ramainya budak2 kat umah tu, anta gak .. nnt ade nursery yg sebenar2nya minta 350-400.00 .. x nak plak katanya baby lg.. pdhal baby laa mahal sbb baby kna skin to skin .. apa2 pun dari diri kta sendri gak .. setakat mahal perseorangan 400.00 tu kira berbaloi dr hilang nyawa.. sbb $$$ bule dicarikan,PEACE

Qaseh Suhaida said...

Ya Allah xtau nak ckp macam mana...sedihhh sgt2

Azwa said...

Salam, nak komen juga, kes ni dah banyak kali jadi kan, sepatutnya kena ambil tindakan tegas, cthnya pihak berkuasa keluarkan surat tutup premis pusat asuhan terbabit kalau jadi perkara macam ni. Nyawa manusia tu.

Azlina said...

dah byk kali kejadian macam ni berlaku..takut nak antar anak ke pusat asuhan...nyawa bukan boleh diganti2...

Ibu Aqmar said...

Ingatkan dah takde dah cite2 baby tersedak susu ni..memang jadi haru biru klau terjadi pada saya sendiri..takleh nak bayang mcm mana...Al-Fatiihah utk kedua2 arwah. Semoga mereka dpt menolong kedua ibubapa di akhirat nanti. Amin

Wan Amira said...

i think is taman permata bukan taman pertama.. yes, agreed. no other reason: tak dapat dimaafkan

Ezna Khalili said...

Sorang fb fren i, kawan dia tu....anak dier Muzaffar. Kesian sangat baca status fb fren i yg lawat keluarga mangsa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails