Thursday 12 January 2012

"pyrite" takkan jadi emas | sukar terima realiti bukan emas daa...

nilai emas memang tidak dapat disangkal lagi....semua org pun tau kan...so now wonder berpusu2 org mendulang 'emas' yg akhirnya disahkan sebg pyrite...

pyrite tu apa yer...--ada istilah fool's gold tuu

The mineral pyrite, or iron pyrite, is an iron sulfide with the formula FeS2. This mineral's metallic luster and pale-to-normal, brass-yellow hue have earned it the nickname fool's gold because of its resemblance to gold. The color has also led to the nicknames brass, brazzle and Brazil, primarily used to refer to pyrite found in coal.

semlm ada kat kosmo online



link: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.



Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.


Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.


"Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara.


"Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



and ari ni ada kat utusan online


JOHOR BAHRU 11 Jan. - Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti 'mendulang emas' di Kampung Melayu Majidee di sini diminta menghentikan aktiviti itu kerana ia bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga merosakkan infrastruktur serta mengganggu ketenteraman penduduk kampung berkenaan.


Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam berkata, aktiviti mendulang dan mencari batu yang telah disahkan sebagai mineral jenis 'pyrite' itu telah dijalankan sejak seminggu lalu dan turut merosakkan jalan yang baru diturap di kampung berkenaan.

''Rata-rata penduduk kampung ini sudah tidak lagi menjalankan aktiviti tersebut setelah ia disahkan bukan emas tetapi orang luar masih datang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kampung Melayu Majidee menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu selepas batu-batuan di Jalan Mewah kampung berkenaan didakwa disaluti emas.

Susulan itu, Jabatan Mineral dan Geosains negeri yang membuat kajian ke atas batu tersebut semalam mengesahkan bahan berkenaan bukannya emas, sebaliknya sejenis mineral dikenali sebagai 'pyrite' yang tidak bernilai.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan hari ini mendapati orang ramai masih mendulang dan mencari batu-batuan dari awal pagi sehingga ke lewat petang.

Dakwaan mengatakan batu berkenaan bernilai dan boleh dijual di kedai emas membuatkan orang ramai masih menaruh harapan meskipun hingga kini tiada bukti mengesahkan dakwaan tersebut.


note : speechless....kiranya harapan palsu lah kan konon2 ada wakil kedai emas ckp itu adalah emas betul masa mula2 org jumpa batu2 berkilau tu...

14 comments:

Gieyana said...

Kesian dgn diaorg yg btungkus lumus mendulang..semua nk kaya...wuwuwu

Izan Ishak said...

kesian betul pada penduduk kat situ... dah ada yg berangan nak jadi jutawan agaknya...

CaDLyNN said...

ni kat kg kawan saye..hehe..

Ardini Humaira said...

kerakusan dan ketamakan mereka akhirnya hanya bawa kehancuran jalan2 sekitar tu...

Anonymous said...

abes mcm mana plak dengan org yang dah jual tu?hahaha xpasal2 kaya orang tu kan?

me suya said...

Mz, me dah agak dah.. hehehe since me work in this related industry..Kami kat sini awal2 lagi cakap nt semua orang akan di'fool' oleh pyrite..

Jue said...

macam-macam hal la..dunia2..emmmmm

Ely Hasrul said...

masa memula baca news nih sy tpikir ape tau, dorg nih merosakkan harta kerajaan nih xkena ape2 ker? patu emas tu kalu betol emas bleh amik ker? mmg kesian sbb harapan palsu..

Unknown said...

Kecian kat dorang ni... mesti dah beria-ia ingat itu adalah emas...sigh* Salam kenal & follow di sini~

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

rugi-rugi.sekali bukan emas.dugaan utk diowang.next time jgn tamak. T__T

kayyana said...

saya baru nak balik kampung kak.. ingat nak mendulang.. hehehe.. syekan org kg melayu

Eliss said...

kat kampung arwah nenek dulu, pernah jadi mcm ni jugak jumpa emas. tapi memang emas betul.arwah nenek kena interview siap masuk paper sebab nama dia emas :p emas mendulang emas gitu kekdahnya..hehehe

Ezna Khalili said...

kesian mereka.. Harapan lebur nak jual emas....

mummy-who-cooks said...

Malu... 99.9% merupakan bangsa Melayu. Malas sangat ke diorang ni nak cari rezeki cara lain. Dah tau 'logam' tu tak ada nilai,masih buang masa menggali... (sigh..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails