Thursday, 15 March 2012

Pengajaran dari setiap peristiwa tragis

rasanya kes pembunuhan Nurul Nadira @Dirang hampir selesai sbb dh tangkap suspect and dh mengaku pun dia cekik then bakar...kejam, zalim...memang di saat pembunuh tu membunuh, tarafnya lebih rendah dari syaitan..

sedey me baca psl Dirang muncul dlm mimpi maknya..agar maknya redha melepaskannya pergi...:( (

PASIR GUDANG: “Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’

“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang.


then pagi ni me baca kat harian metro online, psl baby 15 bulan lemas kat sungai sbb maknya tak perasan anaknya bertatih sampai ke sungai...


KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

pengajaran utk para ibu bapa termasuk me, agar jln terlalai dan alpa..sesaat pun akan mengundang musibah..dan penyesalan takkan dapat mengubah apa2...even menangis air mata darah pun..nyawa tak dapat ditukar ganti..

note : moga2 kita semua dilindungi dari kejadian2 yang tak diingini...amiin


9 comments:

Chekgu Azrine said...

Peringatan utk diri sendiri jugak..thanks MZ for sharing..

AdaM Hawa said...

sama-samalah kita ingat dan mengingati antara 1 sama lain..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak tau nak cakap apa mz.. anak itu hanya pinjam2an.. selagi ada dengan kita; kita belai, jaga & penuhi keinginan mereka sebab esok belum tentu.. sedihla teringat amana&arief

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

yup btol minta dijauhkan kejadian yg x diingini buat kita semua..AMIN

Ummi Dania Yasmine said...

cerita ni sedih sungguh. Memang tak dapat bayangkan.

Em's Family said...

sedih Suzz i bace cerite macam ni.. moga kite dijauhkan daripada bende2 yang sedih macam ni..

Mummy's Luv & Life ~ Airis-Arissa said...

bkn sedih kisah2 tu aje tp sedih dgn sikap masyarakat yg suka mengutuk parents yg lalai jaga anak dgn keluarkan maki hamun pada mereka. nasihat dgn maki hamun jauh bezanya tu.

mummy_ayu said...

tu la..sedih sgt baca kisah2 mcm nie..yg kat kota baru tu tak terbaca plak...tau yg kat titiwangsa tu...sian sgt...

Nafisa81 said...

peringatan sesama kita...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails