Tuesday 31 January 2012

Skim Sara 1 Malaysia | beberapa kemusykilan...

Pelaburan RM5k bagi setiap pelabur...boleh apply loan utk tujuan melabur ni...hanya utk yg berpendapatan bulanan RM3k ke bwh ..pulangan tetap setiap bulan..sounds good...

info taken from HERE

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah

    Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  4. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  5. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000 
Kemusykilan me..which is also taken from HERE
  • Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
  • Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
  • Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
then me ternampak my fren share kat FB psl entry by Ustaz Zaharudin

hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur sukakan sebuah pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pulangannya, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam. Islam amat mementingkan kesaksamaan di antara pelabur dan pengusaha dan walaupun jaminan keuntungan itu dianggap sebagai suatu yang sangat disukai, ia sebenarnya mengakibatkan ketidakadilan kepada pengusaha, lantaran terpaksa membayar sesuatu kepada pelabur di ketika mengalami kerugian. Ketidakadilan pula kepada pelabur lantaran akan hanya mendapat peratusan terhad yang dijanij di waktu keuntungan melepasi peratusan yang dijanjikan.

Perlu difahami, rasa tidak adil dan rasa ditindas BUKAN penentu ('illah) halal haram dalam bab riba, justeru jika sekiranya pihak penguasaha secara SUKARELA menawarkan jaminan keuntungan sekalipun, ia tetap haram kerana wujudnya illah pengharaman iaitu, 'hutang wang dengan pulangan lebih yang dijanjikan', tidak kira sama ada kedua-dua pihak suka sama suka atau tidak.

Menyentuh bab jaminan modal dan keuntungan ini, pelbagai resolusi persidangan cendiakawan Fiqh telah dikeluarkan, antara yang paling berpengaruh adalah seperti berikut:-

READ FULL ENTRY HERE

setakat yg me tahu & paham, memang melanggar prinsip pelaburan kalau keuntungan dh ditentukan/fixed...

note : semua org nak duit kan..tapi takkan lah sampai melanggar hukum halal haram...obviously me and kebykan uolls tak layak pun utk join skim ni...tapi biarlah jelas hukum dan konsepnya kan...

8 comments:

irwani said...

terima kasih byk2x kak ats perkongsian ilmu ni.. =)

Anonymous said...

thanks so much for sharing this kak.. :)

transformed housewife said...

for me benda ni mcm nak guna duit rakyat utk menyara projek2 besar kerajaan je. tak tahula. kita takde bukti tapi this amanah saham sounds fishy.

Unknown said...

terbaek..thanx..

Ezna Khalili said...

Suzz...ni takde kena mengena ngan n3 ni. Nak tepek, kiosk AIDIJUMA di UIA :-)

Kiosk
* UIA Gombak,KL ( Aimi - 013-2409101)* ditutup sempena cuti sem hingga 8 Feb
-Student Mall
Waktu Operasi : 9.00am - 5.00pm ( Isnin - Jumaat)

Azlina said...

saya pun sokong kak..setahu sy kalo dah tahu pulangan tu mmg haramlah pelaburan tu...biarlah tak masuk janji tak melanggar syariah

JMR said...

sepatutnya gomen perlu wat kaji selidik btol2 luh psl hukum2 ni kan..

Bee said...

sebelum ni ada baca komen di blog saya pasal haram halal ni , tk berani pulak nak mohon sebab kan kes halal haram ni :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails