Friday 28 January 2011

David Teo Metrowealth yg me kenal..

sana sini ada citer psl David Teo (cthnya kat Harian Metro Online) bagi bonus a total of  RM4.5 juta utk mrk yg bersama2 menjayakan empayar filemnya..

siyes me kagum dgn sikap David Teo ni--tak kisahlah apa bangsa pun, ciri2 yg baik kita teladani ni kan..untung puluh2 juta tp tak mkn sorang2 -- sikap berkongsi ni pastinya mengukuhkan lg empayar filem MIG tu...sbb semua staff, pelakon etc pun pastinya aka work hard and the best utk memastikan kejayaan setiap filem..


me kenal David Teo???
heheh bukan kenal in person, tp me suka baca psl profile beliau..suka tgk dia ckp bahasa Melayu wpun bunyi pelat cina--bila ditemuramah dlm Melodi TV3--tu cthnya lah--mana tau one day me boleh jumpa David Teo kan--agak2 Nuff nak ajak David Teo utk Nuff events tak ;)
anyway, me pernah terbaca asal usul, latarbelakang kisah David Teo sblm beliau berjaya mcm ari ni..bukannya sekelip mata dia berjaya--dh byk kali kurang berjaya a.k.a gagal--tp he never gives up--impressive kan :)

>>>me memang suka baca latarbelakang org yg berjaya--kira mcm motivasi utk diri sendiri :)

ni me copy paste from Sinema Malaysia


PERCUBAAN demi percubaan yang dilakukan Metrowealth International Group (MIG) dalam pembikinan filem dan album sebenarnya membuka mata banyak pihak.

Selepas filem Syukur 21 mengalami kerugian, Ketua Pegawai Eksekutif MIG dan Penerbit Metrowealth Movies Production, David CH Teo tidak mahu mengaku kalah malah terus melangkah dengan berani.

SOALAN (S): Sebelum memasuki dunia hiburan, apakah bidang yang diceburi MIG?
DAVID: Perniagaan utama Metrowealth adalah pameran produk elektrik yang menggunakan sistem francais antarabangsa di 15 buah negara dan mempunyai lebih 200 cawangan. Fokus utama perniagaan adalah bilik pameran tetapi kami sudah berkembang ke bidang pembinaan, kejuruteraan, pakaian dan pendidikan (kursus akaun dan pusat tuisyen), pengangkutan (Singapura) dan pembelajaran komputer 4R (Indonesia).

S: Bagaimana boleh menceburi bidang hiburan?
DAVID: Metrowealth terbabit dalam bidang perfileman dahulu sebelum menubuhkan MIG Records. Kami bercadang jika mendapat keuntungan ingin membuat sesuatu dalam bidang hiburan. Selepas berfikir, kami rasa menceburi bidang filem adalah lebih baik kerana memberi mesej dan pendidikan kepada orang ramai. Ini adalah cara terbaik untuk masyarakat dan syarikat. Selesai pembikinan filem, kita cuba pula dalam bidang rakaman album sebab pelaburan dalam pembikinan album lebih kecil berbanding filem. Pelaburan filem lebih besar dan mempunyai risiko tinggi.

S: Metrowelath tiada pengalaman, bagaimana boleh bercadang menceburi bidang ini dan siapa memberi tunjuk ajar?
DAVID: Tiada siapa memberi tunjuk ajar cuma daripada kesilapan. Maksudnya kesilapan yang kita lakukan dan sedang lakukan, kita belajar, buat home work sendiri dan kaji bidang ini lebih mendalam. Kalau bidang filem kita kaji filem dari segi produksi atau pos produksi, audio, mixing. Malah saya sendiri turun padang apabila pergi ke Hong Kong masa buat dolby atau mono. Sebab saya percaya kalau kita terlalu mengharapkan pada orang lain, benda ini tidak akan menjadi lebih bagus dan tidak tahu mana silap. Dengan cara begitu, filem boleh dipertingkat daripada kesilapan yang pernah berlaku. Kita mahu bawa konsep, pengarah mahupun artis Malaysia ke luar negeri supaya orang luar ada peluang lihat filem kita. Kalau kita tidak buat kerjasama, orang akan kata kita syok sendiri dalam industri perfileman Malaysia.

S: Mengapa Metrowealth berani menceburi dunia hiburan sedangkan industri ini belum pasti menjanjikan apa-apa?
DAVID: Industri hiburan adalah suatu perniagaan yang berisiko paling tinggi berbanding bidang perniagaan lain yang kita ceburi. Dalam perniagaan lain, kita sudah terbabit berpuluh-puluh tahun dan lebih menguntungkan. Bagi saya apabila kita takut memasuki sesuatu bidang, saya percaya akhirnya tiada seorang pun ingin melabur sebagai penerbit filem. Kalau semua orang tak berminat, maknanya sayalah satu-satunya yang berminat. Saya berasa gembira kerana dapat memperbanyakkan filem, orang yang tidak mempunyai pengalaman berani melabur mengapa tidak orang yang berpengalaman.

S: Filem Syukur 21 rugi tetapi anda masih berani melabur untuk No Problem?
DAVID: Formula orang biasa apabila gagal mereka terus berundur. Bagi saya yang terbabit dalam dunia pemasaran sekian lama, saya anggap jika gagal anda harus berani menghadapinya. Kalau Syukur 21 rugi dan saya terus berundur bermakna akan terus rugi. Kalau teruskan saya fikir kita mungkin boleh untung. Falsafah syarikat, kita tidak akan undur. Seperti di Thailand, kita rugi dua tahun hampir RM2 juta tetapi tahun keempat kita mula untung. Kita tidak takut rugi, tetapi takut tidak mampu buat.

bottom line : never ever give up in whatever we do..
what we give, we get back--hukum karmanya begitu....kalau kita baik dgn org bwhan, dgn staff, dgn colleagus, dgn saper2 pun, org mesti akan ingat and balas budi baik kita (ada sekor dua yg jahat tu kira tak masuk statistik lah :p)


15 comments:

Hezesuze said...

bgus kan david nie...dia bukan ahlong tapi mau tolong mihahahaah

Ayu Zarina said...

suka dengan sikap dia tu..otak org cina memang business...harap2 ayu pun boleh jadi 50% daripada dia...tak kenal putus asa...

ayu yg terlibat dalam business ni kadang2 mudah putus asa..nak2 pulak budget utk pemasaran dah buat, tapi pulangan tak seberapa...tapi lepas ayu baca statement david tu...terus berkobar2 nak cuba lagi...

p/s: thanks jawab pasal votes2 tu..nampaknya ayu tak mampu nak buat..sebab ader 850++ votes...dan banyak votes dari org tak kenal pun..huhu

deqlis said...

deqlis pun mmg suka kat dia..
oppps bukan in love...haha

tp suka dgn sikap dia.. bagus kan?
deqlis pun nak jadi macam dia...
mudahan dpt jadi usahawan berjaya..
now tgh gigih tuntut ilmu dan cari ilmu...ke arah itu...jatuh pun nak kena bangun balik... seriyess i suka statement yg MZ bold kat atas tue..:-)

nadz said...

Assallamualaikum Anakanda,
Pendapat dan cara kerjanya perlu dijadikan satu motivasi diri.
Satu n3 yang bagus..Tahniah.
Mama selalu juga singgah sini..tapi tak bagi comments pun...tiba-tiba ari ni saja nak taip juga..
w/salam

BUNGA said...

suka tengok cerita david teoh dgn ahmad idham.. :)

FatinJelita said...

gud motivation..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

david...
terbaekk...

Unknown said...

aiyaaaa sala sulah lumpa itu lavid teo..dia banyak bagus oooo..manyak pelamah

Unknown said...

memang baguslah david teo..tak kekwat bila jumpa...patutlah boleh berjaya..bukan janji itu pasti..tagline david teo

saveme_zero said...

klu jumpa david personally,hensem orang nya..hehehe

Unknown said...

yup..
kena belajar dr org yg tak penah give-up.. kita pun apa tah lagi.. harus gigih, walau baru merangkak2..

nur said...

MZ
haha.. suke ayat yang jahat 23 tu tak masuk stas.. klako plak asenye..
jemput ke ALL IN ONE

tiefazatie said...

owh die mmg baek..hihi..suka bersedekah nie..ala2 begitu la kan2..

ardinihumaira said...

suka tengok dia berlakon juga... dia suka wat lawak :D

Mon Nieca said...

information bgs utk my assignment about david teo :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails