Monday 8 August 2011

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

ptg tadi mr hubby ckp ada bonus utk gomen servant--dia surf tenet guna his iphone, then me tgk kat tv3 dlm buletin utama. Alhamdulillah, better than nothing :)

source : utusan malaysia online

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


8 comments:

juelee said...

hehe syiok la sape keje gomen.. UIA kira semi gomen ke kak?

Unknown said...

rezekiiii!!best..syok la mz!!

Nur-nba said...

Salam.. Kak Suzie, memang berita inilah yang kami nanti-nantikan.. Akhirnya terjawab sudah.. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih buat pihak kerajaan atas keprihatinan pada semua penjawat awam.

tiefazatie said...

syukur la..hee..

::EIDA:: said...

Yeah dapat bonus !!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lega tau suzz... tapi takleh bazir2 sbb me&hubby ada projek khas hehe

Anonymous said...

numpang bonus amrul je la heee

Unknown said...

besnye dpt bonus..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails