Tuesday, 2 August 2011

Lelaki kacak

adik i fwdkan mesej ni dlm my inbox..and i feel obliged to share it...


Assalamualaikum…sekadar sharing…
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

pic hiasan -- 2 org 'lelaki yg sentiasa kacak' di hati me ;) 

note : selamat bertadarrus :)


8 comments:

MamaRifqy said...

entry yang sangat berguna..

Mz..selamat bertadarus ye..alhamdulillah...niat nak hbskan jugak 30 juzuk buln pose ni.amin

b a m b a m ' s said...

aik 2 org je ker? lil arif pon kacak gak kak.. ehhehe

Mama Balqis BPB said...

nak tanya pendapat MZ dan rakan blogger yg lain...kalu saya nak saman pemandu kereta yg langgar keter saya boleh kah?

Chekgu Azrine said...

sudah semestinya MZ.. hehehe

selamat berpuasa once again

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lil ariff ne cheeky

kisah cik paro said...

info yg menarik..
jadi amalkan alquran selalu dalam kehidupan..

tiefazatie said...

tq sis..iya..alquran perlu dibaca setiap hari..

AkmaFaizal said...

Best info ni..Insya Allah akan dijadikan teman sepanjang hayat. Amen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails