Sunday 7 August 2011

Suatu waktu dahulu | MZ @Utusan Malaysia Online

tghari td gatal2 tgn nak google search my name...of course nama me kuar kat website UIA, ada kat alumni MMP (maahad muhammadi perempuan), ada kat website 7-11, nuffnang etc...kebykannya penglibatan me dlm contest (ciput jer pun) :) and selain tu, ada gak kat Utusan Malaysia rupanya...

so entry ni kira flash back ni :) ala2 syok sendiri--actually utk kenangan di masa tua :)



ni me copy paste...

ARKIB : 16/09/2008

Menikmati terapi semula jadi mandi susu


Dari kiri, Suzi Fadhilah Ismail, Noor Jehan Abdul Gafoor, Anita Baharom dan Pengurus Kanan Jenama Johnson's Baby, Suzanne Yeow pada majlis meraikan pemenang Peraduan Mandi Susu Johnson's di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MANDI susu kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kaum wanita yang ingin sentiasa mendapatkan kulit yang cerah dan lembut seperti bayi.Jika dahulu, kita hanya boleh mandi susu di spa-spa atau pusat kecantikan tetapi kini ia boleh dilakukan di rumah sahaja dengan kos yang murah pula dengan menggunakan Johnson's Baby Milk Bath.

Baru-baru ini, Johnson telah mengadakan Peraduan Mandi Susu Johnson's dan telah memilih seramai 32 orang pemenang yang menerima hadiah berupa sesi terapi kecantikan semula jadi mandi susu di Andana Glenmarie Spa, Shah Alam, Selangor. 

Pengurus Pemasaran Johnson's Baby, Karen Ong berkata, penganjuran peraduan ini bertujuan berkongsi pengalaman mandi susu di kalangan wanita di seluruh Malaysia. 

"Kami mendapati Johnson's Baby Milk Bath sangat popular di kalangan wanita Melayu yang sudah berkahwin kerana membantu menjadikan kulit mereka lembut dan cerah umpama kulit bayi.

"Kami juga mendapati bahawa bukan sahaja wanita menggemari Mandi Susu Johnson's Baby, malah anak-anak mereka juga menyukainya dan ramai pula yang mendapati suami mereka juga menyedari perubahan kulit mereka yang lebih lembut dan cerah,'' katanya pada majlis meraikan pemenang Peraduan Mandi Susu Johnson's di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Karen, susu mengandungi protein, asid amino dan vitamin A dan E yang memberi zat kepada kulit.

Susu secara semula jadinya adalah pelembap dan melindungi kulit daripada menjadi kering. Susu baik untuk kulit kerana ia mengandungi pelbagai jenis asid; sesetengah bertindak sebagai perapi kulit semula jadi dan ada yang melarutkan gam yang melekatkan sel-sel kulit mati di samping membersihkan lapisan kulit paling dalam bagi membantu memperbaharui semula dan menjadikan kulit cerah dan lembut.

"Pemilihan pemenang berdasarkan slogan terbaik pengalaman mandi susu Johnson's Baby yang diterima dari seluruh negara,'' jelasnya.

Pemenang tempat pertama Noor Jehan Abdul Gafoor berkata, Johnson's Baby Milk Bath adalah terapi kecantikan semula jadi yang melembut, mencerahkan kulitnya dan mengekalkan kelembapan kulit selepas setiap kali mandi.
"Lebih menyeronokkan apabila suami saya memuji kulit saya yang lembut,'' kata beliau sambil tersenyum. 

Pemenang tempat kedua, Suzi Fadhilah Ismail pula berkata, beliau sememangnya menginginkan kulit yang lembut dan licin dan tidak berapa lama selepas menggunakan produk mandi susu Johnson's Baby, kulitnya benar-benar lembut dan cerah.
"Anaknya yang berusia tiga tahun turut menggunakan Johnson's Baby Milk Bath dan menjadi kegemaran seisi keluarga,'' katanya.

Artis terkenal, Anita Baharom yang menerajui kempen publisiti media bagi peraduan ini turut hadir di majlis penyampaian hadiah.
Beliau yang begitu mempercayai kebaikan terapi kecantikan semula jadi mandi susu ini turut berkongsi rahsia kecantikan dan bagaimana dia mula-mula mengetahui tentang kebaikan susu untuk kulit dengan mandi susu Johnson's Baby.

"Selain minum air yang banyak, saya turut mengamalkan mandi susu setiap hari. Bukanlah dengan berendam dalam tub berisi susu kerana saya tiada masa tetapi dengan Mandi Susu Johnson's Baby yang mempunyai segala kebaikan protein susu semula jadi serta vitamin A dan E yang memberi kebaikan kepada kulit,'' katanya.

"Saya cukup suka kesannya ke atas diri saya, kulit saya kekal cerah dan selembut kulit bayi dan setiap kali saya memeluk anak atau suami, mereka selalu berkata saya 'sedap' dipeluk. Saya rasa inilah hasilnya daripada kulit yang lembut dan cerah,'' kata Anita.

Pemenang hadiah pertama mendapat peluang penampilan dalam rancangan TV Nona di TV3 bersama Anita Baharom; penampilan dalam majalah Nona dan Seri Dewi Keluarga serta hamper Johnson's Baby bernilai RM500.

note : 1st prize winner adalah org yg sama yg menang 1st prize scotch brite contest--the very active comper tu... 
me 2nd prize winner contest johnson manid susu thn 2008--dpt hamper worth RM300 and dpt kuar tv--segmen WHI :p

selamat berbuka uolls!!

7 comments:

ArshSabila said...

Kak suzi,
Suka sgt sy tengok akak as you are very lucky in whatever contest you've ever joining in..!jarang orang sebertuah akak tau..

So..keep it up..happy for you..:)

Salam dari norwich.

Kak Aya said...

Agaknya dalam sebulan berapa contest yang MZ join? Rasanya MZ ni memang seorang yang ada tuah.

Chekgu Azrine said...

MZ aka retis gitewww

Oyis said...

saya thn lps lbh krg time2 ni pon masuk utusan gak kak suzie, tp masuk salam perantauan kih kih kih.. tp akak mmh hebat lah, byk kali dah ni masuk paper, benda2 yg signifikan plak tu :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ececeh glamer mz ye

deqlis said...

MZ mmg aktif comping...klu tak jatuh cinta kat dunia blog tentu deqlis tak kenal MZ, tp bila dah kenal rasa mcm apa yg SUFEENAN kata kat atas...happy 4 U:-)

tiefazatie said...

wah..bestnya sis nie..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails